Showing posts with label baiki kipas. Show all posts
Showing posts with label baiki kipas. Show all posts

Wednesday, 27 July 2016

NAK REPAIR KIPAS DAN PERALATAN ELEKTRIK SENDIRI


Nak repair sendiri... boleh cuma kena faham serba sedikit cara binaannya. kat bawah ni ada cerita sikit pasal motor lektrik. 

Adakalanya kerosakan tu tak payah hantar kedai pun, modal tak sampai RM20.00 dah boleh pakai semula.

Motor satu fasa banyak terdapat dalam peralatan elektrik di rumah kita. Antaranya kipas, petis ais, air con, blender dan mesin basuh. Ianya adalah antara peralatan yang boleh dikatakan wajib ada dirumah. Semua ini sememangnya menggunakan motor 1 fasa untuk berfungsi.

Bagaimanakah motor ini berfungsi dan adakah mudah untuk diperbaiki?


 Rajah 1






Rajah 2

dari rajah diatas, komponen utama motor 1 fasa adalah :-

1 – Coil motor yang terdiri dari starting coil dan juga running coil.

2 – Terdapat juga satu capacitor yang berfungsi untuk menghidupkan motor tersebut.

3 – terdapat juga fius atau biasanya dalam saiz kecil iaitu thermal fuse yang akan terputus dengan sendiri apabila suhu motor melebihi dari kadar pada fius tersebut.

Dalam rajah 1, dapat dilihat, motor tersebut terdiri dari dua gelung dan disambungkan kepada 1 common yang ditandakan dengan C. Sementara dua lagi disambungkan kepada penyambung yang ditandakan dengan S (gelung untuk hidupkan motor dan R gelung untuk jalankan motor).

Rajah 1 adalah asas kepada gelung yang terdapat pada motor 1 fasa. Ada motor 1 fasa yang diubah keadaan litarnya seperti rajah 2. Rajah 2 biasanya adalah litar untuk motor compressor peti ais satu fasa. Kita dapat lihat ada persamaan dalam litar tersebut iaitu sarting dan running.



rajah 3


Rajah 3 juga merupakan litar untuk peti ais. Ciri asas motor tersebut tidak berubah.

Disini akan diceritakan sedikit tentang D.I.Y uintuk memperbaiki sendirialatan dirmah yang simple. Saya ambil alatan mudah, iaitu kipas angin. Litar kipas angin adalah simple iaitu seperti rajah 1 diatas. 


Kita ambil contoh kepada kipas angin. Untuk pengetahuan, barang yang selalu rosak ada dua iaitu 

1 - capasitor 

2 - thermal fuse. 

kerosakan lain adalah BUSH. Biasanya disebabkan habuk, tali dan lain-lain benda kecil masuk ke celahannya menyebabkan menjadi ketat. Ini biasanya boleh dibersihkan dan ditambah pelincir untuk melancarkannya. kerosakan ini dapat diperiksa jika kipas payah dipusingkan ketika tiada bekalan. Sekiranya bush dalam keadaan baik, dengan menolah sedikit sahaja, kipas akan berpusing dengan mudah dan berhenti sendiri. sekiranya sudah rosak, pusingan menjadi ketat.

Kerosakan bush ini akan menyebabkan kerosakan kepada kapasitor dan juga thermal fuse.

Apabila kipas ketat, arus tinggi diperlukan akhirnya menyebabkam litar menjadi panas. Apabila kepanasan ini mencapai suhu pada thermal fuse, fuse ini akan terputus.

Kipas yang ketat juga akan memberi kesan kepada kapasitor. Ianya akan menyebabkan nilai kapasitor akan turun sedikit demi sedikit dan akhirnya akan menyebabkan  nilainya tak cukup kuat untuk membolehkan motor memusingkan kipas. Ini biasanya akan menyebabkan kipas tak dapat dihidupkan pada kelajuan rendah. Sampai pada satu tahap, ianya lansung tak dapat dihidupkan. 

Kerosakan lain adalah coil. kalau rosak tu tak payah repair lah, ganti je baru. Biasanya kalau rosak, ia bertukar kehitaman dan ada bau hangit terbakar. 

Oklah, kita cerita yang mudah je dulu....

CAPACITOR



Sebut je kapasitor (atau capacitor dalam bahasa inggeris), kat bawah ni macam-macam bentuk ada.



Bentuk yang biasa ada dalam kipas rumah adalah bentuk ini.




macam mana nak tahu dia rosak? Antara cara nak tau :-

- bila on kipas dia tak nak jalan, tapi dalam keadaan suis terbuka (ON), bila dipusingkan kipas ia akan terus berpusing selagi suisnya tidak dimatikan.

- atau Bila speed no 1 (perlahan) di tekan, kipas tak mahu berpusing, bila di tekan speed no 3 (laju) baru ia akan berpusing.

- adakalanya kipas pusing terbalik pun salah satu tanda.

- sekiranya kipas macam berat nak berpusing bila suis dihidupkan.... belum pasti, mungkin ada masalah pada coil. Tapi boleh cuba tukar dudlu.

Itu antaranya yang boleh di periksa. 

Bila nak beli apa yang perlu diperhatikan ?



Perhatikan tanda anak panah. Biasanya untuk kipas rumah diantara 1.5 sampai 2.0. Perhatikan nilainya. Penjual biasanya akan tanya berapa nilai tersebut. Nilai pada gambar tu besar sangat untuk kegunaan kipas. Biasanya nilai tersebut digunakan untuk mesin basuh. Kalau air con pun, nilai sebesar itu untuk kipas luar air con 4HP.

Berbalik kepada kapasitor tadi. Lagi mudah kalau dapat yang ada kabel padanya seperti dibawah.


Kenapa mudah? mudah untuk buat gantian komponen. Pakai connector biasa dah boleh. Jangan pakai nilai yang besar sangat, akan memendekkan hayat barangan anda. Sekiranya anda menggunakan nilai yang lebih besar, motor atau kipas anda akan berpusing lebih laju, kesannya kipas anda akan cepat panas... dan cepat rosak selama-lamanya, kerana ia boleh menyebabkan coil kipas anda terbakar. Sebab itu disarankan jangan melebihi atau kurang dari 10% asal.

Kenapa kapasitor ni boleh rosak? Kebanyakannya mungkin kerana proses "penuaan"... atau dalam bahasa biasa "wear and tear". Maksudnya adalah masalah biasa. Bila kipas dah rasa tak laju, boleh tukar aje. Kos pun tak tunggi, dan mudah.

Disamping itu juga dengan bertambahnya habuk pada kipas, gangguan pada bearing, akan memberatkan kipas dan akan menyebabkan nilai kapasitor akan berkurangan.

THERMAL FUSE


Ada pelbagai jenis thermal fuse. 

Contohnya seperti dibawah :-


t
thermal fuse 1

thermal fuse 2

thermal fuse 3

Yang mana satu biasa terdapat dalam kipas? Bergantung kepada pengeluar. Ada yang menggunakan jenis 3, ianya lebih mudah untuk diperiksa. Ada yang berbentuk seperti no 1. Biasanya ianya cukup terlindung dan adakalanya sukar untuk diganti. 

Bagaimana memeriksa barang in rosak. Cabutkan berhati-hati, sebelah sahaja sudah cukup.Gunakan multimeter, uji keterusan pada komponen tersebut. sekiranya tiada keterusan di kesan, ia nya perlu diganti. 

Atau cara mudah, ambilkan kabel kecil, buat pintasan pada komponen tersebut. jika ianya boleh berpusing ketika suis dihidupkan, maka sahlah ianya perlu diganti.

Kos barang ni pun sebenarnya taklah mahal. Tak sampaipun RM10.00. Thermal fuse boleh rosak apabila pusingan motor terhalang disebabkan habuk dan lainnya. Ini kita dapat lihat apabila motor ketat untuk berpusing. Seelok-eloknya bersihkan dahulu halangan tersebut sebelum menukar thermal fuse ini. Dibimbangkan ianya akan rosak kembali.

Selamat mencuba.