Wednesday, 27 July 2016

NAK REPAIR KIPAS DAN PERALATAN ELEKTRIK SENDIRI


Nak repair sendiri... boleh cuma kena faham serba sedikit cara binaannya. kat bawah ni ada cerita sikit pasal motor lektrik. 

Adakalanya kerosakan tu tak payah hantar kedai pun, modal tak sampai RM20.00 dah boleh pakai semula.

Motor satu fasa banyak terdapat dalam peralatan elektrik di rumah kita. Antaranya kipas, petis ais, air con, blender dan mesin basuh. Ianya adalah antara peralatan yang boleh dikatakan wajib ada dirumah. Semua ini sememangnya menggunakan motor 1 fasa untuk berfungsi.

Bagaimanakah motor ini berfungsi dan adakah mudah untuk diperbaiki?


 Rajah 1






Rajah 2

dari rajah diatas, komponen utama motor 1 fasa adalah :-

1 – Coil motor yang terdiri dari starting coil dan juga running coil.

2 – Terdapat juga satu capacitor yang berfungsi untuk menghidupkan motor tersebut.

3 – terdapat juga fius atau biasanya dalam saiz kecil iaitu thermal fuse yang akan terputus dengan sendiri apabila suhu motor melebihi dari kadar pada fius tersebut.

Dalam rajah 1, dapat dilihat, motor tersebut terdiri dari dua gelung dan disambungkan kepada 1 common yang ditandakan dengan C. Sementara dua lagi disambungkan kepada penyambung yang ditandakan dengan S (gelung untuk hidupkan motor dan R gelung untuk jalankan motor).

Rajah 1 adalah asas kepada gelung yang terdapat pada motor 1 fasa. Ada motor 1 fasa yang diubah keadaan litarnya seperti rajah 2. Rajah 2 biasanya adalah litar untuk motor compressor peti ais satu fasa. Kita dapat lihat ada persamaan dalam litar tersebut iaitu sarting dan running.



rajah 3


Rajah 3 juga merupakan litar untuk peti ais. Ciri asas motor tersebut tidak berubah.

Disini akan diceritakan sedikit tentang D.I.Y uintuk memperbaiki sendirialatan dirmah yang simple. Saya ambil alatan mudah, iaitu kipas angin. Litar kipas angin adalah simple iaitu seperti rajah 1 diatas. 


Kita ambil contoh kepada kipas angin. Untuk pengetahuan, barang yang selalu rosak ada dua iaitu 

1 - capasitor 

2 - thermal fuse. 

kerosakan lain adalah BUSH. Biasanya disebabkan habuk, tali dan lain-lain benda kecil masuk ke celahannya menyebabkan menjadi ketat. Ini biasanya boleh dibersihkan dan ditambah pelincir untuk melancarkannya. kerosakan ini dapat diperiksa jika kipas payah dipusingkan ketika tiada bekalan. Sekiranya bush dalam keadaan baik, dengan menolah sedikit sahaja, kipas akan berpusing dengan mudah dan berhenti sendiri. sekiranya sudah rosak, pusingan menjadi ketat.

Kerosakan bush ini akan menyebabkan kerosakan kepada kapasitor dan juga thermal fuse.

Apabila kipas ketat, arus tinggi diperlukan akhirnya menyebabkam litar menjadi panas. Apabila kepanasan ini mencapai suhu pada thermal fuse, fuse ini akan terputus.

Kipas yang ketat juga akan memberi kesan kepada kapasitor. Ianya akan menyebabkan nilai kapasitor akan turun sedikit demi sedikit dan akhirnya akan menyebabkan  nilainya tak cukup kuat untuk membolehkan motor memusingkan kipas. Ini biasanya akan menyebabkan kipas tak dapat dihidupkan pada kelajuan rendah. Sampai pada satu tahap, ianya lansung tak dapat dihidupkan. 

Kerosakan lain adalah coil. kalau rosak tu tak payah repair lah, ganti je baru. Biasanya kalau rosak, ia bertukar kehitaman dan ada bau hangit terbakar. 

Oklah, kita cerita yang mudah je dulu....

CAPACITOR



Sebut je kapasitor (atau capacitor dalam bahasa inggeris), kat bawah ni macam-macam bentuk ada.



Bentuk yang biasa ada dalam kipas rumah adalah bentuk ini.




macam mana nak tahu dia rosak? Antara cara nak tau :-

- bila on kipas dia tak nak jalan, tapi dalam keadaan suis terbuka (ON), bila dipusingkan kipas ia akan terus berpusing selagi suisnya tidak dimatikan.

- atau Bila speed no 1 (perlahan) di tekan, kipas tak mahu berpusing, bila di tekan speed no 3 (laju) baru ia akan berpusing.

- adakalanya kipas pusing terbalik pun salah satu tanda.

- sekiranya kipas macam berat nak berpusing bila suis dihidupkan.... belum pasti, mungkin ada masalah pada coil. Tapi boleh cuba tukar dudlu.

Itu antaranya yang boleh di periksa. 

Bila nak beli apa yang perlu diperhatikan ?



Perhatikan tanda anak panah. Biasanya untuk kipas rumah diantara 1.5 sampai 2.0. Perhatikan nilainya. Penjual biasanya akan tanya berapa nilai tersebut. Nilai pada gambar tu besar sangat untuk kegunaan kipas. Biasanya nilai tersebut digunakan untuk mesin basuh. Kalau air con pun, nilai sebesar itu untuk kipas luar air con 4HP.

Berbalik kepada kapasitor tadi. Lagi mudah kalau dapat yang ada kabel padanya seperti dibawah.


Kenapa mudah? mudah untuk buat gantian komponen. Pakai connector biasa dah boleh. Jangan pakai nilai yang besar sangat, akan memendekkan hayat barangan anda. Sekiranya anda menggunakan nilai yang lebih besar, motor atau kipas anda akan berpusing lebih laju, kesannya kipas anda akan cepat panas... dan cepat rosak selama-lamanya, kerana ia boleh menyebabkan coil kipas anda terbakar. Sebab itu disarankan jangan melebihi atau kurang dari 10% asal.

Kenapa kapasitor ni boleh rosak? Kebanyakannya mungkin kerana proses "penuaan"... atau dalam bahasa biasa "wear and tear". Maksudnya adalah masalah biasa. Bila kipas dah rasa tak laju, boleh tukar aje. Kos pun tak tunggi, dan mudah.

Disamping itu juga dengan bertambahnya habuk pada kipas, gangguan pada bearing, akan memberatkan kipas dan akan menyebabkan nilai kapasitor akan berkurangan.

THERMAL FUSE


Ada pelbagai jenis thermal fuse. 

Contohnya seperti dibawah :-


t
thermal fuse 1

thermal fuse 2

thermal fuse 3

Yang mana satu biasa terdapat dalam kipas? Bergantung kepada pengeluar. Ada yang menggunakan jenis 3, ianya lebih mudah untuk diperiksa. Ada yang berbentuk seperti no 1. Biasanya ianya cukup terlindung dan adakalanya sukar untuk diganti. 

Bagaimana memeriksa barang in rosak. Cabutkan berhati-hati, sebelah sahaja sudah cukup.Gunakan multimeter, uji keterusan pada komponen tersebut. sekiranya tiada keterusan di kesan, ia nya perlu diganti. 

Atau cara mudah, ambilkan kabel kecil, buat pintasan pada komponen tersebut. jika ianya boleh berpusing ketika suis dihidupkan, maka sahlah ianya perlu diganti.

Kos barang ni pun sebenarnya taklah mahal. Tak sampaipun RM10.00. Thermal fuse boleh rosak apabila pusingan motor terhalang disebabkan habuk dan lainnya. Ini kita dapat lihat apabila motor ketat untuk berpusing. Seelok-eloknya bersihkan dahulu halangan tersebut sebelum menukar thermal fuse ini. Dibimbangkan ianya akan rosak kembali.

Selamat mencuba.



128 comments:

  1. Tq bro. Perkongsian amat berguna. Balik kita try

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. appreciate it too 😃☺️😊
      thanks for your time and kindness and hopefully you had a good day shall be to in Shaa Allah subhanahu wata'ala 😉

      Delete
  2. tq bro... atas ilmu yang di kongsikan...

    ReplyDelete
  3. Salam..saya pakai stand fan yg voltage 240v-50hz ,power 100w..kenapa bila kita nk on suis kt plug..dia jadi trip satu rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cek pendawaian pada kipas- plug, suis pd kipas

      Delete
  4. Perkongsian yang hebat, terima kasih

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang hebat, terima kasih

    ReplyDelete
  6. slm..kipas saya tiap kali on msti ada bnyi. tpi kipas xnk berpusing.. apa masalah eh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah kita sama..dh cuba 2 capacitor msh lg berbunyi tp x berputar

      Delete
    2. kipas sya pun sama.. bunyi tapi xberpusing pulak

      Delete
    3. kena cek bearing, dan cuba sembur anti karat pada bearing

      Delete
  7. Assalamualaikum .. Kipas sy pnya hal. .. Klau on mesti satu dumah trip...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Just tukar capacitor jer. Kos x lebih rm10

      Delete
  8. Assalamualaikum... Sy ada masalah slps sy membersihkan kipas siling sy... Kipas siling sy berpusing laju tidak boleh diperlahankan no 1 hingga 4 kelajuannya sama spt no 5... Apakah puncanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru tukar capacitor tapi dia boleh speed laju dan tak boleh perlahankan. Ini masalah bypass jugak ke?

      Delete
    2. Saya baru tukar capacitor tapi dia boleh speed laju dan tak boleh perlahankan. Ini masalah bypass jugak ke?

      Delete
    3. Saya baru tukar capacitor tapi dia boleh speed laju dan tak boleh perlahankan. Ini masalah bypass jugak ke?

      Delete
  9. Blh tuan tunjuk cara nak ukur samada coil rosak atau tak? Ada satu kipas saya dah bgi oil dan gati cap tp masih perlu sokongan utk pusing. Trmksh tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gunakan multimeter tuan set kn pada omh...1 pin ke wire life dan ada lg 3 pin try 1 persatu untuk cari nilai omh..jika tiada omh bermakna coil putus atau rosak..dan juga nilai common...

      Delete
  10. Mcam mana kalo coil putus ? Mula nya cmni.. Kipas tak pusing.. Pastu panas.. Sy pernah ganti capasitor.. So kalini sy ganti jugak tpi still tak bole pusing.. Mgkin thermal fuse.. Jadi saya nk tuka thermal fuse.. Tpi plastik yg cover wayar tu lekat kt coil masa saya nk tarik tu dia putus so mcm mana cara utk masalah ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya jika kipas x pusing tetapi motor rasa panas disebabkan oleh pusingan bearing yg ketat.. cuba bersihkan bearing terlebih dahulu. buang habuk atau rambut yg melekat pada bearing. Sembur sedikit minyak antikarat WD-40 pd bearing, apabila pusingan kipas sudah lancar letakkan grease pd bearing.

      Untuk masalah wayar yg putus tu, ambil seurat cooper wire (dr mana2 cable terbuang) dan solder semula dari bahagian yg putus tersebut kepada thermal fuse. Selamat mencuba

      Delete
  11. Kipas stand saya x hidup. Saya buka litar salur elektrik ada masuk. Mcm mn tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa puncanya kerana thermal fuse dah rosak @ putus disebabkan over temperature.. cuba bypass thermal fuse dalam motor kipas menggunakan wayar dan ON suis semula.. jika kipas boleh berpusing ketika suis dihidupkan, maka sahlah thermal fuse itu perlu diganti.

      Delete
  12. nak tanya...kipas siling sy tak hidup..hari tu kilat kuat..lepas kilat tu terus kipas saya tak leh ON..

    ReplyDelete
  13. nak tanya...kipas siling sy tak hidup..hari tu kilat kuat..lepas kilat tu terus kipas saya tak leh ON..

    ReplyDelete
  14. Dimana letaknya thermal fius.sdg ganti kapasitor 3-4 kipas ni.tapi satu pon xmau hidup.ada yg baru kluar kotak,Baru pasang 5mnit.bau hangit then mati.apakah itu

    ReplyDelete
  15. Tq bosku...ilmu berguna lepas ni boleh cuba

    ReplyDelete
  16. Nak tnya kipas meja saya tidak berpusing dah...bila saya tolak dengan jari dia pusing Dan mengelurkan bunyi ...dalam keadaan on say tolak bilah ia berpusing tetapj berhenti Dan tidak Ada bunyi arus masuk di kipas ..blh terangkan Kan tidak

    ReplyDelete
  17. baik boss....terima kasih ..ilmu yang hebat..mintak halal ilmu boss

    ReplyDelete
  18. Assalam bos.. Kapasitor kipas berdiri sy 1.5..sy terbeli 2.0...boleh pakai ka bossku

    ReplyDelete
  19. kipas dah tukar kapasitor, tp berpusing secara terbalik. saya dah try 3jenis kapasitor, tetapi tetap nak pusing terbalik

    ReplyDelete
  20. As salam bos..sy bru tukar kipas siling baru automatik bila siap pasang ikut fasa hidupkn ia brpusing trbalik..dh check byk kali wring ok..apa masalh nya bos..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. cek switch pada kipas..biasa kipas siling mahal ada satu suis kat badan dia...cuba tgk

      Delete
  21. as salam.. nak tanya la.. kipas siling sy kerapkerap lps tu hidup balik dengan sndri.. kenapa ye? kipas siling jenis pakai remote..

    ReplyDelete
  22. Salam...klu kipas stand bukak no 3 tp slow ja... Masalah capasitor jgk ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastu motor jadi panas ja..no 3 pon ttap slow

      Delete
  23. Assalam..nk tny..klu thermal fius yg rosak tu kite x ganti bru..blh x klu terus smbung direct terus je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh boss, tapi Bila kena kilat, coil bakarlah...

      Delete
  24. Nak tanya..kipas stand baru sy beli..ada keluarkan bau..biasa kh tu klu kipas baru beli dipasang keluarkn bau

    ReplyDelete
  25. Bagaimana nak tahu wayar motor kipas angin, yang mana neutral, s1, s2 dan s3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kipas meja dan stand..wayar neutral warna hitam

      Delete
    2. termal fuse kipas elok pakai yg brp vatt lau x nk buke yg asal

      Delete
  26. Salam,kipas siling rumah sy bile buka bau hangit mcm mane ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama macam saya. Baru beli kipas berdiri, lepas buka berbau hangit. Ada solution ke? Letak greese ke apa ke

      Delete
  27. Assalamualaikum maaf sy nk bertanya kipas angin sy no 1 shj tk berpusing tapi 2 dan 3 pusing(laju) mcm bisa

    ReplyDelete
  28. Saya nk Tanya, kipas meja saya xberfungsi, tp berbau hangit. ..kenape ekk

    ReplyDelete
  29. Sya nk tanya, kipas sya pkai thermal fius 3..tapi kalai sya guna termail fius 1 boleh x?

    ReplyDelete
  30. Blog ni xaktif dh kot. Ramai tanya, tp xberjawab..

    ReplyDelete
  31. salam tuan..mohon bantuan dan pencerahan.. kipas siling bilik saya ada masalah..
    sy upah org untuk ganti lampu kepada lampu LED.. selepas itu kipas boleh guna.. tp keesokkannya kipas sudah tidak berpusing...
    pada asalnya sy ingatkan perlu tukar kapasitor, tp lepas tukar masih tidak berfungsi..
    ada masalah apa ye dgn kipas sy tu?

    ReplyDelete
  32. Salam..bos, bgaimna nk dptkn alat gnti kipas..contoh kapasitor..saya area b.kali slngor..

    ReplyDelete
  33. En.kipas bila on suis kipas berbunyi sensor..lepas tu stop .kemudian sy kena off and On balik..kipas berfungsi seketika kemudian dia berhenti...,ini apa punya encik

    ReplyDelete
  34. Tuan,

    bagaimana jika ada renjatan letrik di housing kipas (besi) dan kelajuan kipas tiba tiba perlahan

    ReplyDelete
  35. Tuan,
    Saya ada kipas panasonic jenis panasonic M14D9 Lima bilah yang sangat perlahan. Saya cuba untuk menukar board tersebut. Malang nya ia terus tidak berfungsi. Kemudian saya cek pendawaian ke kipas. Sya cek wayar warna coklat, ada elektrik mengalir. Kemudian saya cek wayar warna biru, tiada elektrik mengalir. Saya nak tanya, memang dawai tersebut mengalir melalui wayar coklat saja @ dua2 wayar tersebut?

    ReplyDelete
  36. Boleh ke pakai 2 kapasitor dlm 1kipas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan lebih mikro farad yg di kehendaki pd kipas

      Delete
  37. Tq tuan sangat tak kedekut ilmu

    ReplyDelete
  38. saya ada diding.kipasnya kena bantu dan boleh pusing kira kanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. bearing suda periksa masih ok?
      kna pusing dgn tgn bru nk brpusing..?mungkin kapasitor suda lemah .ganti bru,periksa dlu nilai kapasitor lma brp.bole periksa pd badan kapasitor nilainya.

      Delete
  39. As salam ..
    Bearing motor tu jika dah bersihkan... Minyak Jenis apa yang tahan lama sbb sblm Ni dah guna grease tuk bearing pakai sebulan dia stuck semula guna wd40 pun sama... Jadi minyak apa yg terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bos boleh guna grease utk driveshaft kereta yg grease hitam tu mmg tahan panas.jgn grease mcm sekaya tu rasa mcm nak calit dkat roti pulak..hehehe gurau je..guna grease hitam utk driveshaft atau di sparepart motor or kereta ada jual rm 7 sebekas.

      Delete
    2. Terima kasih info yg berguna ini..

      Delete
  40. Banyak juga soalan tuan tak sempat nak jawab...semua soalan dan jawapan sangat berguna dan manfaat pelan pelan tuan

    ReplyDelete
  41. Blander jadi berat nk pusing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Carbon sebelah dh haus.harus tukar kiri kanan skali.buka n bawa kedai repair alternator kereta atau membaiki barangan letrik.

      Delete
  42. Salam. Motor vacuum cleaner... Bila on bau hangit dan ada spark . Pusingpun perlahan.. Kekadang laju. Wayer dlm motor tu dah jadi . Motor dah rosak ke...? hitam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. coil motor dah problem, sama kes macam saya. nak kena tukar seketul

      Delete
  43. kalau coil rosak nk kena beli kipas baru @ beli coil yg baru?

    sy ada 2kipas coil rosak. kipas tu elok lagi. tp sayang coil rosak. so nak kena tukar coil baru ke macamne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam mana begitu pasti coil rosak? coil putus atau sudah menjadi hitam legam? saya rasa macam thermofius je yang putus tuh

      Delete
  44. Themal fuse ni nk beli kt mana ya biasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat Kuala Lumpur, Jalan Pasar di Pudu syurga elektrik & elektronik

      Delete
  45. Tuan....kalau kipas nie tgh berpusing kite baru nak tido sekali meletup sampai nampak api biru biru gitu....kalau macam nie ape punce dye ye mintak bantuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin volt trlebih.
      seeloknya periksa wiring rumah pggil wireman

      Delete
  46. Assalamualaikum...t.kasih atas panduan. Suami saya telah b'jaya m'buatkan kipas b'diri kami b'gerak semula. Tqvm!

    ReplyDelete
  47. Terima kasih, halal kn ilmu ini.. Selama ini sy angap capasitor dan coil shj yg rosak, rupanya ada lg.. Sangat bermafaat ilmu ini kdp yg diy.

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum tuan..Selamat Hari Raya Aidilfitri..boleh tanya kalau nak beli thermal fuse kipas siling nak kena sebut mcmana?..saya pernah beli capasitor kipas yg uf nya 1.8 tapi kedai pamer ada yg 2.0 ada 2.5 ada 3.0 ada 3.5 n selebihnya..saya jadi gagap terus ambil yg 2.0 uf..pasang n alhamdulillah siap berputar..pada pertanyaan tadi apa perlu disebut dikedai utk thermal fuse?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling mudah tunjuk thermal fuse kat kedai elektronik. Kedai elektrik jarang jual komponen elektronik ni.

      Delete
    2. tngkap gambar... ap yg perlu nmpak dlm gmbar adlah:

      1.arus brp Amp [cth 2A sllu kipas siling biasa utk rumah]
      2.volt [cth 250v kebanyakan kipas siling 250v]
      3.suhu 115 celcius[tk tentu ikut motor@coil]

      Delete
  49. Kalau bau hangit n kipas stop tu coil(motor) dh terbakar ke?boleh repair coil atau tukar baru?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya repair coil perlu winding semula dan kos biasanya mahal. Elok beli kipas yg baru sahaja

      Delete
  50. Mana ada jual brg kipas ni

    ReplyDelete
  51. Salam..bos nk tanya ni,kalau nk tukar thermofuse tu,tiba2 je wire halus ke coil tu putus,macam mana nk buat boleh Repair ke? Tk tahu mana tempat menyambungnya..sampai 3 wire putus..

    ReplyDelete
  52. Salam..bos nk tanya ni,kalau nk tukar thermofuse tu,tiba2 je wire halus ke coil tu putus,macam mana nk buat boleh Repair ke? Tk tahu mana tempat menyambungnya..sampai 3 wire putus..

    ReplyDelete
  53. Salam bos.. Nk tpg tya.. Kipas berfungsi dgn baik tp ada bau hangit bila on. Bila off bau pn hilang.. Knp ye.?..tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. kna periksa manual. mungkin salah 1-nya motor@coil brmasalah

      Delete
  54. Salam boss
    Kipas syiling deka terputus cable/wayar maSa buka untuk tukar kapasitor.
    Wayar tu keluar dari lubang skru tapi lepas putus mmg tak tahu mcmana nak sambung balik.. orang rumah silap buka pot besar.. patut pot kecik...mohon pertolongan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wayar ap ya?
      wayar besar @ kecil?
      wayar motor @ coil?
      wayar pd board?

      Delete
  55. Kipas saya tengah jalan tiba2 berhenti... dlm beberapa minit kipas tu jalan semula.. Apa masalah ya??

    ReplyDelete
  56. salam bos,dah tukar kapasitor tp kipas masih x jalan. pusing manual baru jalan tp slow. kenapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nilai kapasitor sma dgn yg asal?

      bearing bila last servis?

      Delete
  57. Salam..kipas siling kelajuan pusingan tahap 1,2 dan 3 sangat perlahan. Tahap 4 ok. Camna nak selaraskan supaya tahap 1,2 dan 3 berpusing secara normal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1.kipas jenis regulator @ controller ?

      2.brp lma suda guna kipas tu?

      3.bila kali trakhir tukar kapasitor?

      4.suda prnah servis?

      Delete
  58. Asalamualaikum tuan, kipas standing fan sy tak berpusing terus, berdengung saja walaupun dah tukar capasitor baru nilai yg sama, bushing dah servis.. Rotor tak ketat,sy juga da buat bypass thermalfuse pada kipas sy.. Apa masalah nya tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah periksa dengan multimeter coil masih ok tk?

      Delete
  59. Assalamualaikum tuan.. Bak tanya kenapa capacitor kipas siling saya kerap rosak..dalam 5 hingga 6 bulan sekali akan rosak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kna periksa manual ad byk sbb:

      1.Sudah berapa lama kipas tk d servis[brsihkn hbuk@bnda asing yg masuk ke coil]bearing masih ok@lancar?

      2.Tutup suis kipas lps tu cuba tolak @ pusingkn kipas dgn jari,senang brpusing[lps tolak adkah kipas masih brpusing atau brhenti terus] @susah[ketat/berat].

      3.kemungkinan kapasitor tk bagus@ nilai tk sma(cth asal 2uf d tukar dgn nilai yg kurang sesuai 1uf).
      4.ad masalah lain.

      Delete
  60. TQ bossku atas info cara tentukan kerosakan pd kipas

    ReplyDelete
  61. Maksud pakai connector biasa jika kapasitor rusak itu bagaimana?

    ReplyDelete
  62. Kipas siling Dela 5 blade..dah tikar kapacitor guna remote..cuma bunui tettt.jrr tapi tak berpusing...sya ada Lima unit.cuma satu yg berpusing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunyi tettt sekali sahaja / bunyi yg brterusan atau ad bunyi lain.

      Delete
  63. Ap alat yang nak diperlukan untuk dibaiki kapasitor tu.. Maaflah sy baru berlajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. cara mudah:
      1.off suiz kipas @ off main box(utk lebih selamat)
      2.pralatan utk bongkar kipas[pemutar skru yg brsesuaian /pemotong wayar].ad jenis kipas yg kapasitor ad d luar@dalam.apbila suda jumpa tmptnya potong wayar kapasitor lama.
      3.sambungkan @ pasangkan wayar kapasitor baru ke kipas.setelah selesai test dlu ok ke tak.klau ok boleh pasangkan semula.

      Delete
  64. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  65. Assalamualaikum..kipas siling Saya x berpusing selepas berlaku litar pintas..kenapa ye..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. kna periksa manual..ad byk sbb
      cuba periksa dlu motor@coil masih ok atau x.

      Delete
  66. boleh ka relay 5v support utk kipas shiling

    ReplyDelete
  67. Kipas sya mula2 slow lepas tu bla on balik tdk berpusing sudah..

    ReplyDelete
  68. Kipas toshiba saya tidak berpusing bila switch on. Tiada bunyi gegaran pada motor. Saya sentuh test pen pada rod kipas dan body, ada arus elektrik! Bila saya buka seluruh badan kipas & motor,tiada bau afau mana² wayar yg bersentuhan. Apa masalahnya?

    ReplyDelete
  69. Assalam. Kipas bila on suis kipas berbunyi sensor..lepas tu stop, hidup tp slow.kemudian sy kena off and On balik..kipas berfungsi seketika kemudian dia stop, hidup semula tp slow...terima kasih

    ReplyDelete
  70. Saya nak tukar kapasitor tapi warna wayar kapasitor tak sama,yang asal 2-2 wayar warna hijau,yg baru satu merah satu hitam,camne saya nak sambung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mane-mane wayar boleh disambung rasennye sebab kapasitor kipas takde aliran negatif-positif.

      Delete
  71. Selamat malam..nak tanya,kalau kipas dinding jenama sharp plak kapasitor 2.0 sesuai Ker tuan?

    ReplyDelete
  72. Sy ad mslh kipas jenis Elmark,kapasitor n fuse dh tukar tp masih xblh pkai?selalu ap lg yg basic sy plu periksa?tq

    ReplyDelete
  73. Saya nak tnya. Kipas silling saya bergegar semasa kipas dalam keadaan off. Boleh tahu berpunca dari apa?

    ReplyDelete
  74. kalau kipas siling rosak koil/motor boleh baiki tak?

    ReplyDelete
  75. termal fius untk kipas stand or meja brp yg sesuai bos kalau x nk buka coil

    ReplyDelete
  76. Kipas Meja saya asalnya bila speed no 1&2 sayapnya takbmahu pusing, bila tekan no3 baru pusing.
    Baru-baru ni no3 pun macam dah lemah nak berpusing,dan akhirnya tak berpusing langsung.
    Bila saya tukar kapasitor nya ikut kekuatan asal iaitu 1.5u, tetap tak mahu berpusing semua speed dari 1,2,3.
    Bila saya putar dengan tangan, tak ada ketat pun maknanya dia licik je
    Dan keadaan dalaman semua ok cantik...
    Soalan saya, apakah masalah yg dihadapi oleh kipas Saya ya..?
    Saya buntu lah, kalau bawa repair kedai dah tentu kena tekan..

    ReplyDelete