lampu automatik
Ini projek kecil kat tempat kerja, ringkas tapi berguna, Mungkin ada yang berminat.
Saturday, 23 February 2013
LITAR LAMPU PINTU
AUTOMATIK
DO IT YOUR SELF….
Nak cuba buat litar lampu pintu automatik…
mudah aje..
Barang yang diperlukan
1. Tiga(3) tapak relay 8 pin 240VAC
2. 1 unit timer relay yang boleh disetkan masa selama 1 minit, atau
bergantung keperluan pengguna.
3. 1 unit limit switch.
4.
Kabel dan lain-lain untuk
pendawaian.
Gambar komponen yang diperlukan :-
RELAY
(8 PIN BULAT) – 2 PCS
|
LIMIT
SWITCH – 1 PCS
|
TIMER
RELAY (8 PIN BULAT) - 1 PCS
|
TAPAK 8
PIN BULAT - 3 PCS
|
Litar yang diperlukan.
Penerangan litar
1 – Punca kuasa adalah 240VAC. Untuk keselamatan, MCB 10A atau lebih kecil digunakan sebaga pemutus litar.
2 – Limit switch diletakkan supaya sentiasa ditekan oleh pintu semasa
pintu ditutup. Litar yang digunakan dalam limit swith
adalah sambungan NC (normally closed).
Dalam keadaan ini, apabila pintu ditutup, R1 dalam keadaan OFF kerana litar dalam
limit switch adalah dalam keadaan OFF (terbuka).
gambar : limit switch yang dipasangkan kepada jenang pintu.
3 – Apabila pintu dibuka, litar dalam
limit switch akan tertutup (ON) dan ini akan menyebabkan R1 hidup (energized).
4 – Apabila R1 hidup, arus akan melalui 1R1 (NO) dan seterusnya akan menghidupkan lampu
dan R2. Apabila R2 hidup, bekalan kuasa (alternatif) kepada lampu dan R2akan juga diperolehi melalui 1T1(NC) dan juga 2R2(NO). Di peringkat ini bekalan kuasa kepada lampu dan R2 “dikunci” selama masa yang disetkan pada T1.
5 – Apabila pintu ditutup kembali, R1 akan “OFF”, dan ini akan menyebabkan T1dihidupkan melalui 1R1(NC) dan 1R2(NO).
6 – Apabila masa T1 sampai, 1T1(NC) akan memutuskan litar bekalan kuasa (alternative) kepada lampu dan T2. Pada masa yang sama, T1 akan direset (OFF) melalui 1R2.Sekiranya, sebelum masa T1 sampai, dan pintu dibuka, T1 akan diOFFkan oleh1R1(NC). Oleh itu, masa T1 akan dikira
berdasarkan masa terakhir pintu ditutup.
# Litar ini juga boleh diubahsuai
dengan menggunakan PIR dan juga punca kuasa 12VDC.
SELAMAT
MENCUBA
PENERANGAN TAMBAHAN
Nota
Gambarajah 1
1 Sila rujuk gambar diatas, penandaan dan simbol menggambarkan cara
sambungan litar dalam relay (geganti) yang digunakan. Simbol NC
(Normally close) adalah seperti
diatas. Begitu juga symbol NO (normally open).
2 Penandaan 1R1 dan 2R2 adalah merujuk kepada litar dalam relay dan
kedudukan relay. Dalam relay 8 pin, terdapat 2 point untuk litar kuasa (2 dan
7) dan 2 set point untuk suis iaitu 1/3/4 dan 8/5/6. Cara sambungan adalah
seperti gambarajah dibawah.
gambarajah 2 : tapak relay pandangan dari bawah
3 Dalam gambarajah 1 diatas, 1R1(NC) boleh merujuk kepada relay no.
1, sambungan 8 dan 5. Sementara bagi 2R2(NC) merujuk kepada sambungan relay no.
2, sambungan 1 dan 4.
litar sambungan tapak relay dan timer adalah seperti dibawah: -
Litar 1 : litar lengkap projek pintu
(untuk gambar yang
lebih besar, lihat litar dibawah)
Litar 2 : litar lengkap projek
pintu (lengkap)
terbaik tuan
ReplyDeletekongsi ilmu autogate tuan
ReplyDelete