Tuesday, 19 July 2016



Formula Dan Pengiraan Kapasitor Pembaik Faktor Kuasa 



Nota : ini saya ambil dan permudahkan pemahaman dibahagian akhirnya iaitu di bahagian kiraan cara lain.

Secara amnya, tujuan pemasangan ‘Capacitor Bank’ ini adalah untuk mengelakkan daripada dikenakan denda penalti disebabkan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pihak Pemberi Bekalan Elektrik sekiranya Faktor Kuasa di pihak pengguna adalah kurang dari nilai 0.85 yang telah ditetapkan/ dibenarkan.

Secara teknikalnya pula, ‘Capacitor Bank’ ini terdiri daripada rangkaian komponen kapasitor yang dipasang di dalam kerangka Papan Suis dan berfungsi untuk mengimbangi dan menaikkan semula faktor kuasa berdasarkan kepada formula dan rekabentuk elektrik.
POWER FACTOR CORRECTION

Formula teknikal dan contoh pengiraan kapasiti Kapasitor dalam unit VAR adalah seperti berikut :-

Pr = Pw x (tan Ø°1 – tan Ø°2)
di mana;
Pr = jumlah kapasitor yang diperlukan dalam unit Var
Pw = jumlah beban elektrik dalam unit Watt
cos Ø1 = nilai kejatuhan faktor kuasa sebelum dibaiki
cos Ø2 = nilai kejatuhan faktor kuasa selepas dibaiki
Contoh Soalan :
Katakan suatu beban elektrik pengguna 3 fasa berjumlah 500kW yang disambungkan kepada suatu Papan Suis Utama (MSB) telah berlaku susut faktor kuasa sehingga 0.65. Nilai faktor kuasa yang akan direkabentuk untuk dibaiki ialah 0.92. Kirakan jumlah Var yang diperlukan.
Langkah demi langkah pengiraan :-


a) Kenalpasti jumlah beban elektrik pengguna
* Jumlah beban elektrik = 500kW
b) Kenalpasti dan buat andaian/pilihan nilai kejatuhan maksimum susut faktor kuasa yang akan berlaku
* Nilai kejatuhan susut faktor kuasa = 0.65. Bermaksud cos Ø1 = 0.65
c) Tukar nilai cos Ø1 kepada nilai darjah (°)
* Cos Ø1 = 0.65
* Ø°1 = 49.5°
d) Kenalpasti dan buat andaian/pilihan nilai maksimum faktor kuasa yang ingin dibaki diperbetulkan
* Nilai faktor kuasa selepas dibaiki = 0.92. Bermaksud cos Ø2 = 0.92
e) Tukar nilai cos Ø2 kepada nilai darjah (°)
* Cos Ø2 = 0.92
* Ø°2 = 23.1°
f) Masukkan semua maklumat ke dalam formula
* Pr = Pw x (tan Ø°1 – tan Ø°2)
* Pr = 500,000 x (tan 49.5° – tan 23.1°)
* Pr = 500,000 x (1.17 – 0.43)
* Pr = 500,000 x (0.74)
* Pr = 370,000 Var = 370 Kvar
Nota : Faktor Kuasa bermaksud Cos Ø dari istilah matematik. Jadi perlu ditukar kepada nilai ° sebelum ditukar semula dengan Tan Ø.

  
nota : untuk kiraan cara lain.

diketahui : cosØ1 = 0.65,  cosØ2 = 0.92
oleh itu  Pr1/Pw=tanØ1 → Pr1 = Pw tan Ø1
dan juga : Pr1-Pr = Pw tan Ø2
→ Pr =  Pr1 - Pw tan Ø2 (diketahui PR1 = Pw tan Ø1)
→ Pr = Pw tan Ø1- Pw tan Ø2
→ Pr = Pw ( tan Ø1- tan Ø2). Oleh kerana cosØ1 = 0.65,  cosØ2 = 0.92,
→ Pr = Pw (tan(cos-10.62)-tan(cos-10.92))
→ Pr = Pw (tan(49.5°)-tan(23.1))
→ Pr = 500,000 x (1.17 – 0.43)
→ Pr = 500,000 x (0.74)

→ Pr = 370,000 Var = 370 Kvar



Bagi yang tidak mahir dalam trigometri, dibawah ini diberikan sedikit panduan.





(maaflah, kalau sesiapa yang tidak mahir dengan rajah diatas, agak sukar memahami apa yang dibincangkan).
Bacaan meter TNB selalunya hanya diberikan bacaan KWH dan juga KVaRH. Rujuk kepada segitiga kuasa dibawah dan bandingkan persamaan yang ada.



Power factor (factor kuasa) adalah cosØ1. Bagaimana mendapatkannya dari nilai KWH dan KVaRH diatas?. (lupa nak ingatkan, apa itu factor kuasa? Akan dibincangkan di lain ruangan).
Dari nilai KW, dan KVaRH diatas, kita boleh mendapakan nilai Ø1 (sudut untuk factor kuasa).
perhatikan persamaan tan Ø1 = VaR/W = KVaRH/KW.
Ø1 = tan-1(KVaRH/KW).
power factor = cos Ø1 = cos(tan-1(KVaRH/KW).
Ingat persamaan ini untuk memudahkan pengiraan factor kuasa dari bacaan meter TNB yang dibaca.
ATAU :
Dari persamaan cosØ1 = W/VA
Perlu diingat : VA2 = W2 + VaR2
Oleh itu : VA = ( W2 + VaR2)
cosØ1 = W/(( W2 + VaR2))

atau kalau guna bil TNB tu...

cosØ1 = KWH/((KWH2 + KVaR2))


(KALAU TAK NAK PENING PAKAI COS, TAN, PAKAI JE KAT ATAS NI)

1 comment: