Monday, 25 July 2016

KELAKUAN PERALATAN ELEKTRIK  PELIK?
(akibat dari kerosakan bekalan dari tnb)

Pernah hadapi keadaan seperti dibawah :-

- pusingan kipas angin tiba-tiba menjadi laju dan kemudian berasap dan mati.
- Lampu menjadi terang (malah ada kalanya seperti kilat) kemudian mati
- Peti ais menjadi bising dan terus berasap

dan macam-macam lagi yang terjadi seumpamanya. Malah ada peralatan elektronik seperti computer, air con akan meletup dan padam.

Untuk makluman, setengah peralatan dipasangkan “surge protector” yang akan memutuskan bekalan apabila bekalan masuk lebih tinggi dari nilai biasa. Ini saya ada jumpa dalam litar kawalan air con. Dimana kos menukarnya (surge protector)  tak sampai sepuluh ringgit (RM10.00).

Apa perlu dibuat sekiranya berlaku keadaan diatas.

Matikan bekalan utama serta merta. Jangan hidupkan apa-apa peralatan eletrik.

Berbalik kepada keadaan diatas tadi, kenapa ianya berlaku?

Jawapan ringkas saya adalah… kemungkinan wire neutral dari litar bekalan utama terputus atau di kotak pembahagi TNB terputus. Perlu diingat, bukan kabel neutral di kotak fius rumah kita, tetapi di kotak pembahagi 3 fasa atau berlaku kerosakan kabel di talian 3 fasa dari TNB.

Bagaimana untuk mengesahkan perkara in berlaku di rumah?


Langkah pengujian : -.

1 - Cabutkan fius dari pada papan meter.

2 – Sentuhkan pena penguji pada bahagian atas dan bawah kotak fius pada papan meter. Sekiranya kedua-dua bahagian menyala, inin mengesahkan neutral dari kotak pembahagi 3 fasa TNB terputus. (nota : dalam sistem 3 fasa, tiada neutral, kabel neutral yang sepatutnya tiada bekalan, akan turut mempunyai bekalan. Berhati-hati dengan situasi ini).



3 – Untuk lebih kepastian, sentuh pena penguji di bahagian atas atau bawah penyambung neutral. (pastikan sentuhan tersebut menyentuh kabel dibahagian dalam kotak tersebut). Untuk lebih pasti lagi gunakan multi meter atau voltmeter AC, ukur voltage bekalan. Biasanya bacaan diberikan adalah bukan 240VAC. Biasanya 415VAC.



4 - Hubungi pihak TNB secepat mungkin untuk membetulkan kerosakan.

5 – Jangan hidupakan apa jua peralatan elektrik didalam rumah anda, sehingga kerosakan selesai di perbaiki.


Kenapa pena penguji tidak boleh dibuat di kotak pembahagi, walaupun semua MCB dimatikan?

Rujuk litar panel masukan dibawah :-

Gambarajah panel dibawah ini adalah lakaran panel bekalan kuasa dirumah 1 fasa. Ianya terdiri dari cut out fius (biasanya 60A), meter elektrik, suis utama (biasanya 40A bergantung kepada rumah), ELCB (biasanya 40/01A/2P) dan kotak pembahagi (tidak dimasukkan dalam rajah) . 

Sekiranya masalah diatas terjadi, uji dengan pena penguji di tempat bertanda anak panah. Sekiranya fius dalam keadaan baik, suis utama dihidupkan, ELCB dihidupkan, semua MCB di matikan, pena penguji akan menyala di semua tempat ditandakan dibawah.




Bila suis utama dimatikan, tempat ditandakan tetap akan menyebabkan pena penguji menyala


sekiranya cut out fuse dicabut (litar dibawah), jika tempat tanda anak panah merah menyala dan tanda anak panah oren tidak menyala , menunjukkan hanya kabel neutral (1 fasa)  dari talian TNB kerumah yang tercabut. Jika kedua-dua tanda merah dan oren menyala menunjukkan kabel neutral di pembahagi 3 fasa bekalan TNB ada masalah (tercabut).


Adalah lebih mudah jika pengujian dilakukan dengan voltmeter atau multimeter. Pengukuran menggunakan meter ini boleh dibuat di kotak pembahagi. Cuma pastikan semua mcb dimatikan terlebih dahulu.  Sekiranya bacaan di tempat yang di ukur (rujuk rajah dibawah) adalah tak sama dengan bacaan biasa (240V), maka berlaku kabel neutral putus di litar pembahagi 3 fasa TNB. Sekiranya tiada bacaan di tunjukkan, tetapi dengan pena penguji ia menyala, maka kabel neutral dari bekalan 1 fasa TNB kerumah yang bermasalah (tercabut). 

Peringatan : Jangan cuba sentuh kabel dengan tangan kalau bacaan voltmeter tidak menunjukkan sebarang bacaan. 

Satu cara lagi untuk kepastian, sentuhkan salah satu kabel penguji voltmeter ke kabel live atau neutral, dan yang satu lagi ke kabel bumi. Sekiranya kabel bumi dalam keadaan baik (tidak terputus, dan pembumian adalah baik)  pasti volmeter tersebut akan menunjukkan bacaan biasa (240V). Jika keadaan ini berlaku, kabel neutral dari Tiang TNB (1fasa) telah terputus. Sekiranya kabel bumi bermasalah, bacaam imi tidak akan diperlehi, kerana status pembumian yang tergantung.

Jangan hidupkan sebarang peralatan elektrik untuk mengelakkan sebarang renjatan elektrik. 

Sekiranya tiada voltmeter, tester digital seperi dibawah boleh digunakan. Bagaimanapun, pastikan betul caranya, tersilap guna, padah menanti. 





Perlu diingat, tak semestinya kabel neutral itu putus didalam rumah atau pencawang TNB. Sekiranya kabel neutral tersebut putus di tiang pembahagi (mungkin disebabkab pokok jatuh atau lainnya, masalah yang sama akan berlaku, selagi bekalan 3 fasa tersebut lengkap. 


Bagaimana putusnya wire neutral akan menyebabkan hal ini terjadi?

Sila rujuk gambarajah dibawah.( Jawapan ini lebih kepada mereka yang memahami aspek teknikal. Mungkin bagi yang tidak dapat memahami aspek teknikal, tidak dapat memahaminya.)


rajah dibawah adalah bekalan biasa.
bila kabel neutral terputus :-

sambungan akan terjadi sebegini :-

seterusnya, sambungan bekalan kerumah diatas adalah seperti satu litar 3 fasa seperti dibawah :-


Kerana itulah bacaan menggunakan voltmeter akan menunjukkan bacaan 415. Bila voltage tinggi, maka kipas akan berpusing lebih laju dan apabila panas, ia akan terbakar. begitu juga dengan peralatan lain yang menggunakan motor seperti peti ice. Lampu juga akan terbakar, biasanya lampu kalimantang akan bercahaya seperti kilat dalam masa pendek dan terus padam.

Sekiranya anda tidak mahir dan ragu-ragu berkenaan cara pemeriksaan ini, ada baiknya anda matikan bekalan dan minta bantuan kepada mereka yang mahir. Dibimbangkan, akan terjadi trajedi yang lebih besar. TQ.

1 comment: