Friday 22 July 2016

DATA PLATE COMPRESSOR.. APA BENDA TU - LRA, RLA, FLA..?


Mula-mula saya main dengan compressor, air con saya pun tak pasti apa benda tu... last-last tembak je lah atau pun abaikan je data tu. Nak tahu berapa amp compressor tu pakai guna jelah persamaan ni ;- 

1 hp = 1.3A... 

 kalau 5 HP = 5 x 1.3 = 7.5A 

(ini arus untuk compressor sahaja tak masuk kipas dan lain-lain)

mudahkan.... yang bagi pun kontraktor juga dan dah dibuktikan,,,

Bila ada masa tu study sikit, rupanya...



Tak berapa nampak lah... ok... gambar bawah ni pasti jelas...




LRA - Locked Rotor.  Amp. OOOO  tu dia. Arus ni paling tinggi di ambil oleh compressor (pemampat dalam BM, tapi kalau sebut pemampat terpinga jap mata---  siap tanya apa tu??) sebelum ianya berpusing. kalau arus ni lebih tinggi dari nilai tersebut, maka ia boleh di katakan dah nak kong...

RLA - Rated Load Amp. Ada gak yang kata Run Load amp. tapi dah surver banyak tempat... depa kata salah istilah tu. Rated Load amp tu arus maksima untuk alatan atau compressor. Jangan hang pi jalan sampai tahap tu punya Arus, lainlah kalau hang nak pedaje orang. Apa yang saya faham itu kadar arus maksimum yang boleh diberikan kepada alatan tersebut, Ianya sesuai dan patut di ketahui semasa membuat rekaan litar.

FLA - Full Load Amp. Dah tak pakai istilah ini, Dah tukaq sejak 1976 lagi. Ianya di tukar kepada RLA diatas. Camne pun ada jugak yang masih pakai istilah ini. macam contoh kat bawah ni, dia guna untuk outdoor fan motor FLA.



No comments:

Post a Comment