SISTEM
ELEKTRIK 3 FASA DAN 1 FASA.
Ada yang tertanya-tanya, terutama mereka yang kurang dalam pengetahuan asas eletriknya. Apa kaitan bekalan 3 fasa dan 1 fasa. Macam mana pula boleh dapat 240 dalam bekalan 1
fasa dari 415V bekalan 3 fasa yang ada.
Perhatikan rajah dibawah, inilah asasnya penjanaan dilakukan.
Perhatikan rajah dibawah, inilah asasnya penjanaan dilakukan.
Dimana (R) mewakili bekalan Merah (RED), (Y) mewakili bekalan Kuning (Yellow) dan (B) mewakili Biru (Blue).
Anggapan yang dibuat adalah sistem adalah seimbang, iaitu arus dan voltage setiap fasa adalah sama magnitudnya. Faham asas ini, maka kita boleh faham kaitan ini.
Disini dibincangkan sistem 3 fasa dahulu kerana inilah yang dijana oleh pembekal dan seterusnya dibekalkan kepada pengguna.
Dalam
penjanaan (seimbang), 3 bekalan kuasa iaitu merah (R), kuning (Y) dan biru (B)
berada dalam sudut 120 darjah antara satu sama lain. Seperti rajah dibawah. Atau dalam gambarajah panjang R, Y dan B adalah sama.
Dari rajah
itu juga kita kembangkan seperti dibawah.
Kita
permudahkan lagi kiraan… (perlu diingat panjang Y dan R adalah sama)
Seterusnya….
Dari rajah diatas juga. panjang YR (bergaris hitam) adalah 415 (mewakili bekalan voltage yang dibekalkan pada sistem 3 fasa biasa.
Panjang x pula adalah separuh (1/2) dari panjang YR, oleh itu panjang x adalah 415/2 = 207.5.
Maka kiraan seterusnya, rujuk gambarajah dibawah.
Dan akhirnya inlah jawapan yang di cari.
Dari kiraan diatas, maka itulah, apabila bekalan 3 fasa 415V, maka bekalan 1 fasa yang ditarik dainya (tapping) adalah 239.6 V atau 240V.
untuk bekalan 380 pula 219.4 atau 220V.
mungkin kurang jelas, dibawah ini diterangkan lagi sedikit.
mungkin kurang jelas, dibawah ini diterangkan lagi sedikit.
dari gambarajah diatas, ianya boleh diringkaskan lagi kepada rajah dibawah.
perlu diingat, persamaan yang ada dalam rajah diatas adalah :-
sin 30 adalah = 1/2
cos 30 adalah = sqrt(3)/2 = 0.866 (boleh rujuk gambarajah lain diatas. Dengan persamaan ini, maka dalam rajah diatas, ianya akan menjadi seperti dibawah :-
kita kaitkan kembali kepada persoalan asal iaitu :-
dalam rajah diatas, nilai x di ketahui iaitu 207.5. Nilai ini adalah separuh dari nilai voltage antara fasa yang diketahui iaitu 415V.
Untuk mendapatkan nilai r (nilai 1 fasa) dari kiraan, persamaan cos 30 = 0.866 boleh digunakan.
sebagaimana diketahui,
cos 30 = x/r = 0.866
oleh itu r = x / cos30 = 207.5/0.866 = 239.61
atau kalau di terbalikkan proses tersebut (dari satu fas ke 3 fasa), ianya adalah seperti dibawah:-
nota :
lampiran
No comments:
Post a Comment