Showing posts with label 3 fasa. Show all posts
Showing posts with label 3 fasa. Show all posts

Friday, 5 August 2016

PENANDAAN MOTOR 3 FASA


Kebanyakan motor 3 fasa yang sampai ke tangan kita hanya perlu dipasangkan sahaja. Biasanya motor yang diberikan telah pun diikat atau dipasang dalam bentuk star atau delta. Tiada apa yang perlu dibimbangkan lagi, pasang pada starter, tekan suis terus jalan.

Pernahkah anda menghadapi keadaan dimana :-

1 - Motor yang sampai ketangan anda setelah disambung seperti yang sepatutnya tetapi bila dihidupkan, ianya berjalan dalam keadaan berat dan terus trip. Bila di periksa arusnya, didapati memberikan bacaan yang terlalu tinggi. Apa diperhatikan motor tersebut masih baru, dan tiada tanda-tanda motor tersebut bermasalah.

2 - Pernahkah anda menghadapi keadaan dimana motor sang sampai kepada anda, tiada sambung delta atau star yang dibuat. Apa yang anda nampak hanya 6 kabel terkeluar dari motor, tiada sambungan dibuat.Camne nak sambung ni...????

Dalam kes 1, saya pernah menghadapinya dua kali. Oleh kerana motor tersebut masih baru, maka saya sarankan kepada penjual untuk mengambil balik motor tersebut untuk diperiksa.

Kes 2 pula saya jumpa pada kipas motor 3 fasa. Apa yang saya nampak hanya 6 kabel keluar dari motor tidak termasuk kabel pembumian.

Bolehkah kes 1 dan kes 2 boleh diselesaikan sendiri. Sebenarnya boleh, tak perlu bawa ke kedai, kita boleh periksa di lokasi. Cuma bila motor baru, lebih baik kita tidak campur tangan. Dalam kes 2, macam mana pun kita kena settlekan sendiri.

Baiklah,  dalam motor 3 fasa terdapat 3 set kabel/ gelungan untuk setiap fasa. seperti dibawah :-


Umumnya sambungan kabel adalah :-

sambungan star 




sambungan delta

Tak kira apa jua jenis sambungan, polariti gelungan dalamnnya mestilah betul atau dalam arah yang sama.



Bagaimana cara untuk memastikan kutuban atau polariti atau arah gelungan motor itu dalam arah yang betul atau sama? 

Ikuti langkah mudah dibawah :-

1 - Cabut semua kabel supaya dalam keadaan bebas.

2 - Gunakan multimeter (ohmmeter - untuk mengukur rintangan kabel). Sikiranya ianya mempunyai rintangan rendah, biasanya dibawah 50ohm, maka dua point tersebut merupakan gelungan yang sama. Tandakan seperti setiap gelungan yang sama itu seperti rajah dibawah.



Sekarang kita perlu mencari arah gelungan supaya ianya tidak berlawanan seperti rajah dibawah. Langkah seterusnya adalah :-


3 - Ambil satu gelung, katakan yang ditanda r1 dan r2. Pasangkan mentol filamen 100W seperti rajah dibawah. Susun dan sambungkan litar seperti dibawah. Kenakan bekalan di r1 dan neutral di r2. Ambil bacaan volmeter, Rekodkan bacaan ini. Perhatian.. ada juga yang menggunakan cara membandingkan kecerahan nyalaan lampu. 

4 - Ulangi langkah ini untuk point s1/s2 dan t1/t2.

5 - Kemudiannya ubah kedudukan bekalan seperti litar dibawah. Ulangi langkah 3 dan 4 dan rekodkan bacaan voltage pada lampu pada setiap gelung.




6 - Penentuan kekutuban.

Katakan contoh  bacaan didapati adalah seperti dibawah :-
(bacaan ini bukan bacaan sebenar, hanya contoh. Apa yang hendah ditunjukkan adalah ujud perbezaan voltage apabila arah bekalan diberikan)

Nota : bacaan voltage yang lebih tinggi menunjukkan kekutuban pada arah yang betul dan sebaliknya. Perbandingan kecerahan mentol juga adalah merujuk kepada kecerahan yang tinggi untuk arah yang betul, dan sedikit  malap berada pada kekuuban berlawanan.

Dari bacaan diatas didapati polariti t1/t2 adalah tidak sama dengan r1/r2 dan s1/s2. Oleh kerana arah kekutuban adalah bersifat "rujukan", maka kita boleh katakan tandaan pada r1/r2 dan s1/s2 adalah pada kekutuban yang berlawanan sementara t1.t2 adalah pada arah yang betul. 




Oleh itu sambungan yang perlu dibuat adalah seperti dibawah :-




Begitu juga bagi sambungan STAR





dan DELTA



Pendekata, selepas ini tak jadi masalah andainya motor "terbarai" sampai kat tangan kita....


Sunday, 24 July 2016

SISTEM ELEKTRIK 3 FASA DAN 1 FASA.
Ada yang tertanya-tanya, terutama mereka yang kurang dalam pengetahuan asas eletriknya. Apa kaitan bekalan 3 fasa dan 1 fasa. Macam mana pula boleh dapat 240 dalam bekalan  1 fasa dari 415V bekalan 3 fasa yang ada.

Perhatikan rajah dibawah, inilah asasnya penjanaan dilakukan. 


Dimana (R) mewakili bekalan Merah (RED), (Y) mewakili bekalan Kuning (Yellow) dan (B) mewakili Biru (Blue). 

Anggapan yang dibuat adalah sistem adalah seimbang, iaitu arus dan voltage setiap fasa adalah sama magnitudnya. Faham asas ini, maka kita boleh faham kaitan ini. 

Disini dibincangkan sistem 3 fasa dahulu kerana inilah yang dijana oleh pembekal dan seterusnya dibekalkan kepada pengguna.

Dalam penjanaan (seimbang), 3 bekalan kuasa iaitu merah (R), kuning (Y) dan biru (B) berada dalam sudut 120 darjah antara satu sama lain. Seperti rajah dibawah. Atau dalam gambarajah panjang R, Y dan B adalah sama.

Dari rajah itu juga kita kembangkan seperti dibawah.

Seterusnya kita ambil contoh kiraan melibatkan fasa kuning dan merah.






Kita permudahkan lagi kiraan… (perlu diingat panjang Y dan R adalah sama)
Seterusnya….

Dalam gambarajah diatas, kita menggunalkan konsep asas kiraan trigonometri, seperti tertulis dibawah rajah.

Dari rajah diatas juga. panjang YR (bergaris hitam) adalah 415 (mewakili bekalan voltage yang dibekalkan pada sistem 3 fasa biasa.

Panjang x pula adalah separuh (1/2) dari panjang YR, oleh itu panjang x adalah 415/2 = 207.5.

Maka kiraan seterusnya, rujuk gambarajah dibawah.

Dan akhirnya inlah jawapan yang di cari.



Dari kiraan diatas, maka itulah, apabila bekalan 3 fasa 415V, maka bekalan 1 fasa yang ditarik dainya (tapping) adalah 239.6 V atau 240V.

untuk bekalan 380 pula 219.4 atau 220V.

mungkin kurang jelas, dibawah ini diterangkan lagi sedikit.


dari gambarajah diatas, ianya boleh diringkaskan lagi kepada rajah dibawah.

perlu diingat, persamaan yang ada dalam rajah diatas adalah :-




sin 30 adalah = 1/2
cos 30 adalah = sqrt(3)/2 = 0.866 (boleh rujuk gambarajah lain diatas. Dengan persamaan ini, maka dalam rajah diatas, ianya akan menjadi seperti dibawah :-
kita kaitkan kembali kepada persoalan asal iaitu :-



dalam  rajah diatas, nilai x di ketahui iaitu 207.5. Nilai ini adalah separuh dari nilai voltage antara fasa yang diketahui iaitu 415V.

Untuk mendapatkan nilai r (nilai 1 fasa)  dari kiraan, persamaan cos 30 = 0.866 boleh digunakan.

sebagaimana diketahui, 

cos 30 = x/r = 0.866

oleh itu r = x / cos30 = 207.5/0.866 = 239.61


atau kalau di terbalikkan proses tersebut (dari satu fas ke 3 fasa), ianya adalah seperti dibawah:-


         

nota :

lampiran



Monday, 18 July 2016

KIRAAN MUDAH MENGANGGAR ARUS SETIAP ALATAN ELEKTRIK

1 FASA.

kita ambil formula : P = VIcosФ
bagi alatan yang menggunakan motor atau heater ada baiknya kita mengambil cosФ=0.85.
Katakan peralatan 1KW. V=240, cosФ=0.85
I = p/( VcosФ)
I = 1000/(240*.85)
I = 1000/(204.00)
I = 4.9A

untuk ditukarkan kepada HP, 1HP=0.746KW.
maka 1 HP = (4.9 X 0.746) = 3.66A
( I = 746/(240*.85)  
                                                   
sekiranya kita abaikan pf (cosФ=0.85), maka
I = 4.1A

untuk ditukarkan kepada HP, 1HP=0.746KW.
maka 1 HP = (4.1 X 0.746) = 3.06A



RINGKASAN
1KW = 4.90 (dengan ambil kira pf)
1KW = 4.10A (dengan anggapan pf =1)
1HP = 3.66 (dengan ambil kira pf)
1HP = 3.06 (dengan anggapan pf =1)
contoh :
1.5Hp (1Ø) pemempat air con  memerlukan anggaran 1.5 x 3.66 Arus = 5.49Amp.


3 FASA.

kita ambil formula : P =√3 VIcosФ (dengan anggapan arus seimbang)
bagi alatan yang menggunakan motor atau heater ada baiknya kita mengambil cosФ=0.80.
Katakan peralatan 1KW. V=415, cosФ=0.80. (kenapa nilai ini diambil, kebanyakan motor elektrik mempunyai pf = 0.8)

I = p/√3 V
I = p/(√3x415xcosФ)
I = P/
I = (1 watt menggunakan 0.0017A)
→ I = 1.7P (P dalam KW)


untuk ditukarkan kepada HP, 1HP=0.746KW.
 1 HP = (1.7 X 0.746) = 1.27A

RINGKASAN
1KW = 1.7 P
1HP = 1.3 P

contoh : 
→ 5KW (3Ø) motor menggunakan sebanyak arus 5 x 1.7 A = 8.5A 
→ 5HP (3Ø) motor menggunakan sebanyak arus 5 x 1.3 A = 7.5A