Showing posts with label kiraan mudah arus. Show all posts
Showing posts with label kiraan mudah arus. Show all posts

Monday, 18 July 2016

KIRAAN MUDAH MENGANGGAR ARUS SETIAP ALATAN ELEKTRIK

1 FASA.

kita ambil formula : P = VIcosФ
bagi alatan yang menggunakan motor atau heater ada baiknya kita mengambil cosФ=0.85.
Katakan peralatan 1KW. V=240, cosФ=0.85
I = p/( VcosФ)
I = 1000/(240*.85)
I = 1000/(204.00)
I = 4.9A

untuk ditukarkan kepada HP, 1HP=0.746KW.
maka 1 HP = (4.9 X 0.746) = 3.66A
( I = 746/(240*.85)  
                                                   
sekiranya kita abaikan pf (cosФ=0.85), maka
I = 4.1A

untuk ditukarkan kepada HP, 1HP=0.746KW.
maka 1 HP = (4.1 X 0.746) = 3.06A



RINGKASAN
1KW = 4.90 (dengan ambil kira pf)
1KW = 4.10A (dengan anggapan pf =1)
1HP = 3.66 (dengan ambil kira pf)
1HP = 3.06 (dengan anggapan pf =1)
contoh :
1.5Hp (1Ø) pemempat air con  memerlukan anggaran 1.5 x 3.66 Arus = 5.49Amp.


3 FASA.

kita ambil formula : P =√3 VIcosФ (dengan anggapan arus seimbang)
bagi alatan yang menggunakan motor atau heater ada baiknya kita mengambil cosФ=0.80.
Katakan peralatan 1KW. V=415, cosФ=0.80. (kenapa nilai ini diambil, kebanyakan motor elektrik mempunyai pf = 0.8)

I = p/√3 V
I = p/(√3x415xcosФ)
I = P/
I = (1 watt menggunakan 0.0017A)
→ I = 1.7P (P dalam KW)


untuk ditukarkan kepada HP, 1HP=0.746KW.
 1 HP = (1.7 X 0.746) = 1.27A

RINGKASAN
1KW = 1.7 P
1HP = 1.3 P

contoh : 
→ 5KW (3Ø) motor menggunakan sebanyak arus 5 x 1.7 A = 8.5A 
→ 5HP (3Ø) motor menggunakan sebanyak arus 5 x 1.3 A = 7.5A