Saturday, 23 July 2016


power factor (faktor kuasa)


Dibawah ini adalah bentuk gelombang 3 fasa

Untuk memudahkan perbincangan, maka kita mengambil satu fasa sahaja untuk rujukan


Dari rajah diatas, ditunjukkan 3 keadaan faktor kuasa.
- faktor kuasa sifar, faktor kuasa mengekor (voltage mengekor arus) dan faktor kuasa mendulu (voltage didepan arus).


rajah dibawah pula menunjukkan bagaimana keadaan power (kuasa) yang terjadi hasil dari terjadinya faktor yang tidak sama dengan 1. Faktor kuasa yang ideal  adalah 1, yang mana dalam keadaan biasa adalah sukar untuk didapati.



Merujuk kepada litar diatas,faktor kuasanya adalah mengekor, faktor kuasa adalah beza sudut diantara arus dan voltage didalam litar tersebut. perhatikan juga, apabila ada perbezaan fasa antara arus dan voltan, maka kuasa (power) yng terhasil juga didapati ada yang jatuh dibawah paras sifar. Perlu diingat, kuasa tak mungkin dibawah sifar, dengan kata lain, apabila kuasa (merujuk kepada garisan merah) menjadi negatif, maka ianya merupakan pembaziran kepada kuasa. Apa yang berlaku adalah sebahagian kuasa (kuasa negatif)  dikembalikan semula kepada penjana. 

dibawah ini juga rajah menunjukkan faktor kuasa.



Bagi litar yang mempunyai sifat "sepenuhnya bersifat resistive" maka faktor kuasanya adalah 1, maka tiada kuasa dibazirkan. rujuk rajah dibawah.




bagi litar yang mempuyai sifat "inductive" atau "caapacitive", maka kita lihat faktor kuasanya adalah sifar (0), atau dengan kata lain jumlah kuasanya adalah sifar. Perlu diingat, sifat litar capative dan inductive sentiasa berlawanan. Satu bersifat mendulu dan satu lagi bersifat mengekor.

Sebagai makluman, kebanyakan litar yang mempunyai motor atau heater, biasanya bersifat inductive. Maka untuk mengembalikan power faktor kembali kepada satu, maka litar yang bersifat berlawanan dengannya perlu dipasangakan, iaitu litar bersifat capacitive. Kerana itu juga, umumnya capacitor digunakan sebagai pembetul atau penaik faktor kuasa dalam litar bekalan.





Perhatikan rajah diatas : faktor kuasa mendulu dimana voltage mendulu arus pada sudut 90 darjah, Apa dapat dilihat, kuasa dihantar (kuasa positive) dari penjana/generator dan kuasa dikembalikan (kuasa negatif) ke penjana/generator adalah sama. hasilnya kuasa adalah sifar.

Dibawah ini ditunjukkan persamaan yang biasa digunakan dalam pengiraan.


Tertanya-tanya apa tu APPARENT POWER, REACTIVE POWER, REAL POWER?

APPARENT POWER : dalam bahasa malaysia di panggil Kuasa KetaraKuasa Ketara dipanggil juga sebagai Kuasa Samar atau Apparent Power malah ada juga panngil phantom power (kuasa hantu!!!) Ia adalah hasil dharab voltan bekalan dengan arus talian tanpa mengambil kira apa-apa kehilangan atau ketidakcekapan oleh apa-apa sebab. Unitnya ialah VA atau biasanya dalam KVA (Kilo VA). Kuasa ini biasanya adalah kuasa masukan dan tidak semuanya boleh diperolehi sebagai kuasa keluaran. 

REACTIVE POWER : Kuasa Reaktif dipanggil juga sebagai Kuasa Regangan. Ini adalah kuasa yang diperlukan untuk mengujudkan medan magnet atau disebut juga sebagai Magnetizing power dan juga kuasa yang diperlukan untuk mengatasi regangan yang dihasilkan oleh gelung apabila diberikan bekalan arus ulangalik. Unit asasnya ialah VAR atau biasanya dalam KVAR.

REAL POWER : Anda mahu power??? minumlah... tak boleh iklan nooo... ini baru real Power... Kuasa sebenar kadang-kadang dipanggil juga sebagai real power, useful power atau active power. Unitnya adalah Watt atau Kilowatt (KW). Kuasa ini adalah kuasa yang dapat digunakan sebagai kuasa keluaran (output power).


rajah diawah di tunjukkan keadaan dimana litar yang mempunyai faktor kuasa yang berbeza


 

Dibawah  ini pula di tunjukkan bagaimana faktor kuasa yang rendah akan menyebabkan penggunaan arus yang tinggi dalam litar bekalan. Disebabkan pembaziran yang tidak nampak ini, maka pembekal kuasa menetapkan pf (kuasa kuasa) didalam litar pengguna hendaklah sentiasa diatas 0.85. Sekiraya jatuh dibawah nilai tersebut, denda (biasazanya dimasukkan kedalam bil) akan dikenakan. Berbeza mengikut kadar.


 


Untuk memudahkan kiraan, ada  jadual di sediakan untuk kegunaan mudah. Untuk melihat contoh kegunaannya sila lihat kepada post "contoh pengiraan faktor kuasa"






surcaj sekiranya PF sama atau dibawah 0.85















1 comment:

  1. salam tuan, saya bekerja dalam bidang mini-hydro power plant, saya cuma nak bertanya, power plant saya menggunakan -PF, apabila kami tukar dari +PF ke -PF, apa yang kami dapati, voltage grid kami menurun, adakah PF juga memamainkan peranan?adakah KVAR kami diserap oleh TNB atau macam mana?
    cntact saya 0145337696,harap tuan boleh kongsi

    ReplyDelete