Wednesday, 24 August 2016

PERALATAN KESELAMATAN YANG BIASA DI RUMAH

Pernahkah kita menghadapi "black out" dari bekalan TNB. Kenapa boleh black out... menyusahkan aje kan. Kan ke bagus kalau tempat lain rosak, tempat kita yang sama talian dengannya tak terganggu... Boleh ke....?

Bergantung kepada keadaan. Saje nak melencong sikit..... Kalau tak ada black out, mungkin yang akan terjadi adalah kebakaran besar-besaran, tentunya kos lebih tinggi. Black out terjadi apabila berlaku kegagalan dalam sistem penghantaran akibat dari kerosakan yang perlbagai. Apabila sistem penghantaran mengesan kegagalan ini, secara automatiknya bekalan diputuskan. Ini dapat mengelakkan "berlaku kebakaran" atau kemusnahan bukan sahaja kepada pengguna, malah kepada pembekal. Seperti mana kita tahu mencegah itu lebih baik dari mengubati. Pendek kata, biarlah gelap dua jam dari gelap dua hari. Almaklumlah, pembaikian atau pengasingan kerosakan mungkin memakan masa dua jam, tetapi kerosakan pencawang, makan masa berhari. itu belum kira kos lagi. Apalah melencong jauh benor ni... he he he..

Sebenarnya tanpa kita sedari, sebelum sampai ke suis yang kita petik atau soket yang kita sambung untuk menghidupkan pelbagai peralatan elektrik, aliran elektrik telah melalui melalui beberapa "penapis" keselamatan. Ini untuk memastikan keselamatan pengguna demi menyelamatkan nyawa dan harta benda.

Baiklah.. kita terus kepada topik keselamatan elektrik dalam rumah kita.

Sebelum itu, saya ringkaskan perjalan bekalan elektrik dalam rumah.

Bekalan lampu.

TNB > fius pemutus (cut out) sebelum meter > meter TNB > suis utama > ELCB (pemutus litar bocor kebumi) > MCB atau FIUS > suis lampu > lampu 

Soket kuasa

TNB > fius pemutus (cut out) sebelum meter > meter TNB > suis utama > ELCB (pemutus litar bocor kebumi) > MCB atau FIUS > suis soket  > kepala plug (dengan fisu) > peralatan.

dibawh ini disertakan gambar peralatan yang disebutkan diatas.

Fius pemutus (TNB) - cut out fius

Fius ini akan terputs jika kadar arus melaluinya melebihi dari kadar yang dipasang.

Kadar yang biasa adalah 63A. Kadaran ini adalah standard yang diberikan oleh TNB. Sekiranya kadar yang lebih tinggi diperlukan (misalnya 100A), maka bekalan baru perlu ditarik, dan ianya dilakukan oleh pihak kontraktor yang berdaftar dengan TNB. Untuk kegunaan biasa 63A sudah lebih dari cukup. Untuk bekalan lebih tinggi (contohnya 100A), baik dipohon bekalan 3 fasa dari TNB. Sekiranya bekalan 63A 3 fasa, ianya masih dibawah TNB, kerana kabel dan gisu masih 63A. 


TNB meter (serta cut out fuse disebelahnya)

Meter ditunjukkan disini adalah meter digital. Penggunaan meter analog sudah mula dihapuskan sedikit demi sedikit. Meter TNB tidak mempunyai fungsi apa-apa dalam sistem keselamatan. ia hanya bertujuan merekod penggunaan sahaja. Cuma saya masukkan disini sebagai menunjukkan kesinambungan dalam sambungan bekalan.


.
Kalau nak tau sambungannya, rujuk litar dibawah.



Suis Utama

Didalammnya terdapat fius yang akan terputus apabila berlaku arus berlebihan.

Suis utama yang digunakan biasanya adalah 32A. Gambar dibawah adalah suis utama jenis lama.
Kebanyakkan jenis baru, ada yang menggunakan 2pole MCB sebgai suis utama.



Ada juga menggunakan fius seperti dibawah. gambar dibawah adalah jenis 1pole, yang akan disambungkan kepada talian hidup (live) sahaja. Terdapat juga dejis 2 pole, hanya sambungan hidup (live) yang mempunyai fius, sementara sambungan neutral hanya sekadar "contact point" sahaja atau umpama suis biasa. 







ELCB

Alat ini akan terputus jika berlaku dua keadaan, iaitu ketika lebihan arus dan kedua ketika berlaku kebocoran kebumi. Alat ini tidak menyebabkan terputus secara kekal, ia cuma "terpelantik" dan boleh di naikkan (reset) semula. 

Kegunaan rumah biasa adalah 40A dan arus pemutus adalah 0.1A. Untuk kegunaan lebih besar, ianya boleh di tukar kepada 60A dengan arus pemutus masih 0.1A. Sekiranya rumah ada menggunakan air con (pendingin hawa) ata peralatan besar, ada baiknya ianya ditukar kepada 60A. Pastikan juga suis utama (main switch) juga ditukar kepada kadar 60A. Fius TNB tak perlu ditukar kerana bekalan standard diberikan adalah 63A. Kabel yang dibekalkan juga boleh membawa sehingga ke kadar ini.

MCB

Alat ini digunakan sebagai pemutus litar jika berlaku lebihan arus. ianya juga bukan putus secara kekal, atau dengan kata lain, ianya boleh di hidupkan semula berulang kali.

Ini adalah pengganti fius bagi sistem lama. Kadarnya berbeza mengikut kegunaan. Cuma biasanya, kebanyakkan contractor menggunanakan MCB 16A untuk kesemua point. Kebiasaannya kadar yang dicadangkan adalah 10A untuk lampu, 16A untuk socket dan 20A untuk point air con.


SUIS

Ini hanya sebagai suis sahaja. bagaimanapun biasanya hanya pada kadar 10A. Lebih pada kadar tersebut, peluang ia akan rosak rosak adalah cerah.

Sambungan pada suis adalah sambungan kabel wire hidup. ianya digunakan untuk memutuskan bekalan bedup kepada peralatn. Ini dapat memastikan peralatan tidak membahayakan pengguna ketika suis dimatikan.


ATAU SOKET

Fungsinya sama seperti suis, cuma suisnya boleh bertahan pada arus lebih besar (13A). Melebihi kadar tersebut suisnya boleh rosak atau terbakar.

Soket ini digunakan kepada sambungan kepada peralatan adalah jenis mudah alih, sambung bila perlu, cabut bila tidak perlu. Kadar biasa ialah 13A. Adalah lebih selamat menggunakan jenis yang mempunyai suis. Jenis sambungan kekal, biasanya, soket tanpa suis digunakan.



PLUG TOP

Ini adalah pasangan kepada soket diatas. Untuk keselamatan, padanya dipasangkan fius 13A untuk memutuskan bekalan andainya berlaku lebihan bekalan. (perlu diingat, fius terputus apabila berlaku lebihan bekalan, bukan sebab bocor kebumi). Sambungannya seperti gambar dibawah.





Itulah sedikit penerangan ringkas peralatan keselamatan elektrik dari bekalan untuk keselamatan pengguna.



Sunday, 14 August 2016

MEMERIKSA LAMPU / DOWNLIGHT LED

Sekarang ini trend yang ada dalam penjimatan tenaga adalah mengubah penggunaan jenis lampu. Kalau awal dahulu biasanya lampu lampu filamen digunakan. Kemudiannya beralih kepada lampu pendaflour atau kalimantang. Jenis lampu sama juga berubah dari menggunakan ballast besi kepada ballast elektronik. Kemudiannya berubah lagi dari saiz T8 kepada T5, yang mana tiubnya lebih kecil, menggunakan ballast elektronik dan mengunakan tenaga yang lebih kurang. Trend penjimatan kuasa ini berterusan, sehingga sekarang beralih pula kepada lampu LED.

Bercerita lampu LED ini. Biasanya lampunya terdiri dari barisan "mentol" LED yang dipasangkan secara bersiri. Dalam susunan sebegini, sekiranya satu lampu "terbakar" atau rosak, kemungkinan lampu lain dalam sirinya turut tidak menyala. Untuk pengetahuan, kerosakan yang berlaku mungkin akan menyebabkan litar terputus (atau terbuka) dan mungkin juga akan menyebabkan litar tersambung (atau tertutup). Kerosakan yang mengakibatkan litar terbuka memberi kesan lampu akan terus terpadam. Sementara kerosakan yang menyebabkan litar tertutup, lampu tetap menyala cuma "terangnya" mungkin semakin kurang.

Dalam kerja pembaikian diceritakan disini adalah kerosakan yang menyebabkan litar terbuka (lampu terpadam). Kerosakan jenis ini mudah dikesan kerana tiada cahaya di keluarkan.

Saya mengambil contoh litar lampu dibawah yang menggunakan 12 LED. Lampu dibawah telah terpadam.



Cabut lampu LED tersebut dari bekalan. Cabut penutupnya untuk mendapatkan litar pada lampu tersebut (seperti contoh diatas).

Apa di perlukan adalah multimeter. Set atau putarkan suis pemilih kepada X1. Kalau pada X10, X100 LED akan lebih malap, malah melebihi X100 didapati LED terus tak menyala.


Gunakan probe multimeter untuk disentuh kepada kaki LED. Cara sentuhan, probe HITAM disentuh kepada kaki bertanda (+) dan probe MERAH disentuh kepada kaki bertanda (-). Sentuhan yang terbalik tidak akan menyalakan LED. 


LED yang dalam keadaan baik akan menyala seperti dibawah.



LED rosak tidak akan menyala. Perhatikan warna probe dan polariti (+ dan -) pada kaki LED.


Periksa LED yang lain. Kebiasaanya hanya satu LED yang terpadam jika kerosakan pada litar yang menyebabkan ianya "terbuka". Jika kerosakan menyebabkan litar tertutup, pasti akan terdapat lebih dari satu LED yang padam.





Untuk memperbaikinya, secara ringkas, LED yan rosak boleh dipintas (bypass) pada kakinya seperti gambar dibawah.


Uji kembali lampu tersebut.... betul seperti andaian awal, hanya satu LED yang bermasalah.



selamat mencuba

Nota : 
- kerosakan yang menyebabkan litar tertutup, sentuhan pada kaki LED akan memberikan bacaan yang rendah pada multimeter dan LED tidak menyala. 

- Kerosakan yang menyebabkan litar terbuka pula akan memberikan bacaan yang tinggi pada multimeter. 

- Setting pada suis pemilih ketika ujian dibuat hendaklah pada adalah pada X1 (pengukur rintangan X1).

Friday, 5 August 2016

PROJEK : MEMASANG DIGITAL TEMPERATURE CONTROLLER KEPADA STAND CHILLER


Kebanyakkan stand chiller hanya mempunyai analog controller. Suhu sebenar tidak dapat diketahui, hanya melalui "agak-agak". Dengan pemasangan alat ini, suhu chiller dapat dikawal dan dipantau dengan lebih baik.

Inilah bukanlah pemasangan pertama dibuat. Sebelum ini pemasangan dilakukan kepada model berlainan.

Sekali imbas, didapati pemasangan kali ini lebih sukar memandangkan ruangnya yang lebih sempit. 


PENGENALAN PERALATAN DAN AKSESORI

Inilah stand chiller yang bakal ditambah pengawal suhu digital. disamping itu, blower tambahan juga akan ditambah dibahagian dalamnya. (maaf model alatan ini dipadamkan).


stand chiller
.



pengawal suhu digital


blower/ kipas tambahan





LITAR DIPERLUKAN

Litar pengawal suhu


litar kawalan chiller


KERJA-KERJA DILAKUKAN

Oleh kerana belum pernah melakukan pemasangan atau ubahsuai terhadap alatan model ini, pemeriksaan menyeluruh terhadap alat perlu dibuat. Tujuannya untuk mencari lokasi pemasangan pengawal yang sesuai, ubahsuaian atau cantuman litar yang boleh dibuat, laluan yang mungkin bagi kabel dan lain-lain yang berkenaannya.

Panel kawalan dibuka, dan lain-lain tempat yang difikirkan perlu.


























UBAHSUAIAN LITAR DICADANGKAN

Setelah melihat kedua-dua litar, iaitu litar chiller dan litar pengawal digital, maka cadangan litar sambungan boleh dibuat. Bagi sambungan kipas tambahan ianya adalah boleh disambung secara langsung.

 CADANGAN UBAHSUAIAN LITAR

Penerangan sambungan atau ubahsuaian litar yang akan dibuat


setelah membuat cadangan ubahsuaian terhadap litar, kabel berkenaan yang perlu diusik mula dicari untuk dikenalpasti.


















Masalah timbul dalam pencarian kabel. Kalau dilihat dalam litar, kabel ditandakan dengan BN,biasanya merujuk kepada brown, tetapi dalam pendawaian sebenar warna lain digunakan.




Disini pentingnya kita perlu mengetahui dan membaca litar dengan sempurna untuk mengelakkan tersalah pendawaian.


Ubahsuaian juga perlu dibuat untuk mencari lokasi controller perlu diletakkan. Ubahsuaian dibuat pada tapak untuk diletakkan alat kawalan.


Tapak pemegang perlu diubahsuai, biasanya menggunakan peralatan terpakai.


Setelah semua siap dan dipasangkan... inilah hasilnya... Dapat dilihat, kipas tambahan diletakkan di bahagian bawah rak dalam chiller.


Pengawal suhu digital juga telah berfungsi dengan baik.



Setelah semuanya siap, ianya diuji untuk dan dipastikan dapat berfungsi dengan baik,

Setelah semuanya selesai, ianya dibungkus kembali untuk penghantaran.


PENANDAAN MOTOR 3 FASA


Kebanyakan motor 3 fasa yang sampai ke tangan kita hanya perlu dipasangkan sahaja. Biasanya motor yang diberikan telah pun diikat atau dipasang dalam bentuk star atau delta. Tiada apa yang perlu dibimbangkan lagi, pasang pada starter, tekan suis terus jalan.

Pernahkah anda menghadapi keadaan dimana :-

1 - Motor yang sampai ketangan anda setelah disambung seperti yang sepatutnya tetapi bila dihidupkan, ianya berjalan dalam keadaan berat dan terus trip. Bila di periksa arusnya, didapati memberikan bacaan yang terlalu tinggi. Apa diperhatikan motor tersebut masih baru, dan tiada tanda-tanda motor tersebut bermasalah.

2 - Pernahkah anda menghadapi keadaan dimana motor sang sampai kepada anda, tiada sambung delta atau star yang dibuat. Apa yang anda nampak hanya 6 kabel terkeluar dari motor, tiada sambungan dibuat.Camne nak sambung ni...????

Dalam kes 1, saya pernah menghadapinya dua kali. Oleh kerana motor tersebut masih baru, maka saya sarankan kepada penjual untuk mengambil balik motor tersebut untuk diperiksa.

Kes 2 pula saya jumpa pada kipas motor 3 fasa. Apa yang saya nampak hanya 6 kabel keluar dari motor tidak termasuk kabel pembumian.

Bolehkah kes 1 dan kes 2 boleh diselesaikan sendiri. Sebenarnya boleh, tak perlu bawa ke kedai, kita boleh periksa di lokasi. Cuma bila motor baru, lebih baik kita tidak campur tangan. Dalam kes 2, macam mana pun kita kena settlekan sendiri.

Baiklah,  dalam motor 3 fasa terdapat 3 set kabel/ gelungan untuk setiap fasa. seperti dibawah :-


Umumnya sambungan kabel adalah :-

sambungan star 




sambungan delta

Tak kira apa jua jenis sambungan, polariti gelungan dalamnnya mestilah betul atau dalam arah yang sama.



Bagaimana cara untuk memastikan kutuban atau polariti atau arah gelungan motor itu dalam arah yang betul atau sama? 

Ikuti langkah mudah dibawah :-

1 - Cabut semua kabel supaya dalam keadaan bebas.

2 - Gunakan multimeter (ohmmeter - untuk mengukur rintangan kabel). Sikiranya ianya mempunyai rintangan rendah, biasanya dibawah 50ohm, maka dua point tersebut merupakan gelungan yang sama. Tandakan seperti setiap gelungan yang sama itu seperti rajah dibawah.



Sekarang kita perlu mencari arah gelungan supaya ianya tidak berlawanan seperti rajah dibawah. Langkah seterusnya adalah :-


3 - Ambil satu gelung, katakan yang ditanda r1 dan r2. Pasangkan mentol filamen 100W seperti rajah dibawah. Susun dan sambungkan litar seperti dibawah. Kenakan bekalan di r1 dan neutral di r2. Ambil bacaan volmeter, Rekodkan bacaan ini. Perhatian.. ada juga yang menggunakan cara membandingkan kecerahan nyalaan lampu. 

4 - Ulangi langkah ini untuk point s1/s2 dan t1/t2.

5 - Kemudiannya ubah kedudukan bekalan seperti litar dibawah. Ulangi langkah 3 dan 4 dan rekodkan bacaan voltage pada lampu pada setiap gelung.




6 - Penentuan kekutuban.

Katakan contoh  bacaan didapati adalah seperti dibawah :-
(bacaan ini bukan bacaan sebenar, hanya contoh. Apa yang hendah ditunjukkan adalah ujud perbezaan voltage apabila arah bekalan diberikan)

Nota : bacaan voltage yang lebih tinggi menunjukkan kekutuban pada arah yang betul dan sebaliknya. Perbandingan kecerahan mentol juga adalah merujuk kepada kecerahan yang tinggi untuk arah yang betul, dan sedikit  malap berada pada kekuuban berlawanan.

Dari bacaan diatas didapati polariti t1/t2 adalah tidak sama dengan r1/r2 dan s1/s2. Oleh kerana arah kekutuban adalah bersifat "rujukan", maka kita boleh katakan tandaan pada r1/r2 dan s1/s2 adalah pada kekutuban yang berlawanan sementara t1.t2 adalah pada arah yang betul. 




Oleh itu sambungan yang perlu dibuat adalah seperti dibawah :-




Begitu juga bagi sambungan STAR





dan DELTA



Pendekata, selepas ini tak jadi masalah andainya motor "terbarai" sampai kat tangan kita....