Sunday 14 August 2016

MEMERIKSA LAMPU / DOWNLIGHT LED

Sekarang ini trend yang ada dalam penjimatan tenaga adalah mengubah penggunaan jenis lampu. Kalau awal dahulu biasanya lampu lampu filamen digunakan. Kemudiannya beralih kepada lampu pendaflour atau kalimantang. Jenis lampu sama juga berubah dari menggunakan ballast besi kepada ballast elektronik. Kemudiannya berubah lagi dari saiz T8 kepada T5, yang mana tiubnya lebih kecil, menggunakan ballast elektronik dan mengunakan tenaga yang lebih kurang. Trend penjimatan kuasa ini berterusan, sehingga sekarang beralih pula kepada lampu LED.

Bercerita lampu LED ini. Biasanya lampunya terdiri dari barisan "mentol" LED yang dipasangkan secara bersiri. Dalam susunan sebegini, sekiranya satu lampu "terbakar" atau rosak, kemungkinan lampu lain dalam sirinya turut tidak menyala. Untuk pengetahuan, kerosakan yang berlaku mungkin akan menyebabkan litar terputus (atau terbuka) dan mungkin juga akan menyebabkan litar tersambung (atau tertutup). Kerosakan yang mengakibatkan litar terbuka memberi kesan lampu akan terus terpadam. Sementara kerosakan yang menyebabkan litar tertutup, lampu tetap menyala cuma "terangnya" mungkin semakin kurang.

Dalam kerja pembaikian diceritakan disini adalah kerosakan yang menyebabkan litar terbuka (lampu terpadam). Kerosakan jenis ini mudah dikesan kerana tiada cahaya di keluarkan.

Saya mengambil contoh litar lampu dibawah yang menggunakan 12 LED. Lampu dibawah telah terpadam.



Cabut lampu LED tersebut dari bekalan. Cabut penutupnya untuk mendapatkan litar pada lampu tersebut (seperti contoh diatas).

Apa di perlukan adalah multimeter. Set atau putarkan suis pemilih kepada X1. Kalau pada X10, X100 LED akan lebih malap, malah melebihi X100 didapati LED terus tak menyala.


Gunakan probe multimeter untuk disentuh kepada kaki LED. Cara sentuhan, probe HITAM disentuh kepada kaki bertanda (+) dan probe MERAH disentuh kepada kaki bertanda (-). Sentuhan yang terbalik tidak akan menyalakan LED. 


LED yang dalam keadaan baik akan menyala seperti dibawah.



LED rosak tidak akan menyala. Perhatikan warna probe dan polariti (+ dan -) pada kaki LED.


Periksa LED yang lain. Kebiasaanya hanya satu LED yang terpadam jika kerosakan pada litar yang menyebabkan ianya "terbuka". Jika kerosakan menyebabkan litar tertutup, pasti akan terdapat lebih dari satu LED yang padam.





Untuk memperbaikinya, secara ringkas, LED yan rosak boleh dipintas (bypass) pada kakinya seperti gambar dibawah.


Uji kembali lampu tersebut.... betul seperti andaian awal, hanya satu LED yang bermasalah.



selamat mencuba

Nota : 
- kerosakan yang menyebabkan litar tertutup, sentuhan pada kaki LED akan memberikan bacaan yang rendah pada multimeter dan LED tidak menyala. 

- Kerosakan yang menyebabkan litar terbuka pula akan memberikan bacaan yang tinggi pada multimeter. 

- Setting pada suis pemilih ketika ujian dibuat hendaklah pada adalah pada X1 (pengukur rintangan X1).

1 comment:

  1. Salam tuan,

    Saya ada lampu led utk aquarium yg menyala dengan sangat suram berbanding sewaktu penggunaan biasa, dan terjadi secara tiba tiba. Adalah kejadian tersebut disebabkan litar terbuka?

    Lampu led tersebut adalah jenis submersible. Agak bermasalah untuk membuka penghujung lampu tersebut. Harap tuan dapat respon. Terima kasih.

    ReplyDelete