Wednesday 31 August 2016

GOODS HOIST

Kali ini nak bercerita sedikit berkenaan goods hoist atau lift barangan. Satu keperluan penting bila melibatkan pemindahan barang dari satu tingkat ke satu tingkat.

Oklah... cerita ringkas.. straight to the point. Dalam sistem hoist ni mesti ada panel kawalan (seperti dibawah).


Ada motor dan kabel, seperti gambar kat bawah.


 
dan dah tentunya ada cage atau sangkar. Atau ada juga panggil "car". Itu saya tak nak cerita, kalau sempat saya tambah. Kali ini nak cerita pasal panel dan motor je. Biasanya mende ni yang ada problem yang susah sikit nak tackle.

PANEL KAWALAN


Dalam gambar diatas ditunjukkan kedudukan setiap komponen dalam panel tersebut. Voltage kawalan yang digunakan adalah 24VDC. Ini dibekalkan oleh contoller adaptor atau power supply seperti dalam gambar. Pandangan dekatnya adalah seperti dibawah.



Power supply ini dilengkapi fius dan MCB untuk keselamatan.



Pandangan dekat di bahagian terminal.


Seterusnya ia disambungkan kepada suis, relay dan alat kawalan lain.






Litar kawalan ini seterusnya disambungkan kepada penyambung yang diletakkan dibahagian bawah panel.

Tandaan litar kawalan yang berkait dengan penyambung ada diletakkan pada pintu panel.



PERJALANAN MOTOR

Power supply dan kawalan kemotor dikawal oleh satu MCB 3P dan satu set interlock contactor (foward reverse). 


Pada motor tersebut juga ada terpasang satu sistem brek yang hanya akan dilepaskan apabila bekalan diberikan kepada motor. Kawalan brek tersebut dibuat dengan menggunakan solenoid yang akan menarik mekanisma untuk membuka brek ketika bekalan diberikan dan melepaskannya ketika tiada bekalan. Dengan cara ini, hoist akan terhenti ketika tiada bekalan diberikan.


atau dengan kata lain, ketika bekalan diberikan kepada motor untuk menghidupkannya, pada masa sama, bekalan diberikan untuk melepaskan brek. Kedudukan brek adalah bersebelahan motor.






Gambar soleniod dan brek secara dekat













Ketika bekalan dihidupkan, solenoid akan di menarik pelepas brek kearah bawah, seperti anak panah arah anak panah dibawah.



Dibawah ini adalah gambar solenid yang perlu ditukar sekiranya berlaku kerosakan brek. Biasanya solenoid in perlu ditukar apabila melebihi 1 tahun (bergantung kepada kegunaan). Untuk melepaskan brek secara manual, pelepas brek boleh ditekan kebawah seperti arah anak panah.


Peringatan, JANGAN USIK SOLENIOD SEBELUM PENGGANTUNG HOIST DIPASANG. Ini penting kerana, sebaik sahaja solenid diusik, kemungkinan hoist akan turun kebawah adalah besar. Pelepas brek tersebut boleh dilepaskan secara manual dengan menekan menggunakan tangan seperti arah yang sama seperti penarikan oleh solenoid (seperti gambar yang mempinyai anak panah diatas diatas).


Nota :

Antara tanda-tanda brek ada masalah adalah :-

- Ketika turun kebawah, hoist akan turun dan terus turun walam pun sudah mencapai tahap terendah yang disetkan.

- Ketika ada beban, lift akan turun ketika berhenti di tempat tinggi. (motor tidak dapat berhenti bila ada beban).

- Bunyi motor bising seperti berat atau motor berjalan ada bunyi geseran tinggi.

- Berbau hangit.

- MCB motor trip dan motor tak dapat dihidupkan buat sementara waktu. Pemeriksaan terhadap bekalan kuasa pula didapati dalam keadaan normal/biasa.


































No comments:

Post a Comment