Saturday 27 August 2016

LITAR KAWALAN MOTOR

litar ni member minta buatkan... untuk mudahkan rujukan, saya masukkan kat sini untuk dikongsikan.

Litar kawalan simple untuk kawalan motor/water pump. Kenapa dikatakan simple..., cuma pakai timer relay dan timer sahaja dah boleh pakai. OK lah... litarnya seperti dibawah.



untuk lebih jelas, litar di atas di ubah posisi...



Jika ingin mengunakan DOL yang tersedia dengan kotaknya (seperti gambar) , sedikit ubahsuaian perlu dilakukan pada starter DOL tersebut. Pada DOL biasa, contactor dihidupkan oleh suis tekan (bewarna hijau) dan dimatikan oleh suis bewarna merah. Dengan ubahsuai litar ini, contactor akan dihidupkan atau dimatikan dengan kawalan sepenuhnya oleh litar diatas. Masa hidup atau mati pam ditentukan oleh masa yang di set (tala) pada pemasa (timer relay) yang ditandakan.  Timer T1, T3, T5 adalah masa yang disetkan untuk pam hidup (ON), sementara T2,T4, T6 pula masa disetkan untuk pam mati (OFF). 

Pada litar tersebut, thermal overload dikekalkan dan berfungsi untuk mematikan litar andainya ada kerosakan pada sambungan litar : 

Sambungan litar pada DOL

Sambungkan L,N (kabel merah dan hitam)  kepada punca kuasa (power supply)

Sambungkan kabel kuning kepada kabel yang ditandakan "pump contactor"


Dibahagian LOAD pula, sambungkan  kepada motor. Pastikan sambungan pada bahagian thermal overload tidak dicabutkan dan dalam keadaan baik. Sekiranya controller  ini "trip" disebabkan overload, butang reset sedia ada boleh digunakan seperti biasa.




Gambar : Litar penuh



Sekiranya DOL yang dibuat sendiri, pastikan thermal overload dipasang pada litar untuk keselamatan. 



Sekiranya corak atau pola ini mahu dipanjangkan lagi, Litar diatas boleh ditambah dengan pola yang sama. Maka corak ON/OFF boleh ditambah bergantung kepada bilangan relay dan timer digunakan. Setiap ON/OFF tambahan memerlukan tambahan dua (2) timer dan satu(1) relay. Sambungan pada litar ditandakan dibawah boleh di buang atau ditambah untuk memanjang atau memendekkan corak yang dikehendakki.




SEKADAR RUJUKAN

Dibawah ini adalah gambar starter DOL yang digunakan.


Gambar DOL asal




Gambar DOL yang di ubah pendawaiannya




Gambar : sambungan di bahagian bekalan dan kawalan




Gambar : Sambungan dibahagian beban atau sambungan ke motor



Perhatikan sambungan pada bahagian Thermal Overload. Ianya tidak boleh dibuang untuk mememastikan peralatan atau litar ini mempunyai ciri-ciri keselamatan.


Gambar : Pandangan sambungan dari tepi 



contoh contactor / thermal overload yang boleh digunakan



NOTA :

A1, A2 : CONTACTOR COIL

13, 14 : NO (normally open connection) - biasanya untuk litar kawalan

21, 22 : NC (normally close connection) - biasanya untuk litar kawalan

1L1, 3L2, 5L3 : POWER SUPPLY - litar kuasa

2T1, 4T2, 5T3 : LOAD - litar kuasa



95, 96 : (normally close connection) - Untuk litar kawalan. Sambungan disini perlu untuk sambungan kepada thermal overload.

97, 98 : (normally open connection) - Untuk litar kawalan. Sambungan ini biasanya digunakan untuk menunjukkan overloada trip.






Semoga ianya berjaya digunakan.




Wassalam.




3 comments:

  1. Salam tuan,bole tk tujuk ajar mcm mne nk gunakn float switch dan limit switch dlm ape2 jenis litar kawalan.bole tk share contoh yg mudah utk sy faham.terima kasih

    ReplyDelete
  2. Thank you for sharing the photos and detailed explanation. I have benefited and learnt from your post.

    ReplyDelete
  3. Salam tuan..kenapa dol ada spark.kemudian terus trip..air comp. 10hp

    ReplyDelete