Saturday 27 August 2016

MUAR BLACK OUT 14/0/2016 TO 16/08/2016

Gambar dibawah adalah gambar-gambar bekalan sokongan dari TNB ketika Black out disebahagian besar Bandar Muar. 

Ianya bermula pada 14/08/2016 sekitar jam 6.00pm sehingga jam 09.00 pm. Disebabkan kerosakan awal tidak dapat dikenal pasti, esoknya iaitu pada 15/08/2016, kerosakan berulang. Pada jam (sekitar) 6.00pm, Bekalan sokongan dihantar oleh TNB. Dikatakan sebanyak 14 generator mudah alih disediakan di kawasan terbabit sekita Muar. Meliputi Jalan Salleh, Jalan Abdullah dan lain-lain kawasan.










(didalam gambar ini saya cuba padamkan identiti orang dan kenderaan sedapat mungkin)

Kerosakan dikatakan berpunca dari kerosakan bawah tanah kabel 11KV di kawasan menghala ke Bukit Pasir.

Bekalan pulih sepenuhnya sekitar jam 4.30pm jam , pada 16/08/2016.


Bila berlaku black out sebegini, apa yang terlintas di fikiran saya apabila diberitahu bekalan sokongan dihantar... adakah generator sokongan tersebut dapat menampung kegunaan yang ada? Ini juga adalah peluang untuk memberi tunjuk ajar kepada mereka yang baru.

Kebimbangan ini timbul kerana premis dibawah jagaan saya mengunakan arus sekitar (maksima) 600A. Oleh itu saya kena pastikan kemampuan bekalan sekurang-kurang setara dengan permintaan keseluruhan terhadap alat ubah sedia ada.

Alhamdulillah... generator sokongan (dalam gambar) mampu menjana sehingga 1250KVA.

Bila di sebut nilai ini, apa nilai KW atau Amp yang boleh ditampung.

Disini sekadar kiraan ringkas untuk panduan (sendiri...)

1250KVA ---> 1250 x 0.8

= 1000KWH (biasanya p.f genset adalah 0.8)

arus yang boleh dibekalkan 

= 1.7*1000

= 1700 A (perfasa)

kegunaan dibenarkan adalah 80% dari nilai tersebut.

oleh itu arus maksimum adalah

= 1700 * 0.8

= 1360 A.

Didapati bekalan oleh genset ini lebih besar dari yang boleh dibekalkan oleh alat ubah sedia ada iaitu ada iaitu 1000A.

Oleh itu tiada masalah dalam bekalan terhadap premis sedia ada.

Nak senang kiraan... ambil je... berapa nilai KVA yang boleh dijana, itulah nilai arus yang boleh dihasilkan. Mudah dan selamat, walaupun kurang betul. 

(Maksud saya : secara ringkas 1250KVA boleh tampung 1250A perfasa... tak yah pening... dah tentu selamat)

Nota : Ini adalah kiraan secara ringkas untuk memudahkan anggaran. Jika ada yang perlu di perbetulkan, di persilakan.


1 comment:

  1. alhamdulillah.. appreciate it too 😃☺️😊
    thanks for your time and kindness and hopefully you had a good day shall be to in Shaa Allah subhanahu wata'ala 😉

    ReplyDelete