Wednesday 24 August 2016

PERALATAN KESELAMATAN YANG BIASA DI RUMAH

Pernahkah kita menghadapi "black out" dari bekalan TNB. Kenapa boleh black out... menyusahkan aje kan. Kan ke bagus kalau tempat lain rosak, tempat kita yang sama talian dengannya tak terganggu... Boleh ke....?

Bergantung kepada keadaan. Saje nak melencong sikit..... Kalau tak ada black out, mungkin yang akan terjadi adalah kebakaran besar-besaran, tentunya kos lebih tinggi. Black out terjadi apabila berlaku kegagalan dalam sistem penghantaran akibat dari kerosakan yang perlbagai. Apabila sistem penghantaran mengesan kegagalan ini, secara automatiknya bekalan diputuskan. Ini dapat mengelakkan "berlaku kebakaran" atau kemusnahan bukan sahaja kepada pengguna, malah kepada pembekal. Seperti mana kita tahu mencegah itu lebih baik dari mengubati. Pendek kata, biarlah gelap dua jam dari gelap dua hari. Almaklumlah, pembaikian atau pengasingan kerosakan mungkin memakan masa dua jam, tetapi kerosakan pencawang, makan masa berhari. itu belum kira kos lagi. Apalah melencong jauh benor ni... he he he..

Sebenarnya tanpa kita sedari, sebelum sampai ke suis yang kita petik atau soket yang kita sambung untuk menghidupkan pelbagai peralatan elektrik, aliran elektrik telah melalui melalui beberapa "penapis" keselamatan. Ini untuk memastikan keselamatan pengguna demi menyelamatkan nyawa dan harta benda.

Baiklah.. kita terus kepada topik keselamatan elektrik dalam rumah kita.

Sebelum itu, saya ringkaskan perjalan bekalan elektrik dalam rumah.

Bekalan lampu.

TNB > fius pemutus (cut out) sebelum meter > meter TNB > suis utama > ELCB (pemutus litar bocor kebumi) > MCB atau FIUS > suis lampu > lampu 

Soket kuasa

TNB > fius pemutus (cut out) sebelum meter > meter TNB > suis utama > ELCB (pemutus litar bocor kebumi) > MCB atau FIUS > suis soket  > kepala plug (dengan fisu) > peralatan.

dibawh ini disertakan gambar peralatan yang disebutkan diatas.

Fius pemutus (TNB) - cut out fius

Fius ini akan terputs jika kadar arus melaluinya melebihi dari kadar yang dipasang.

Kadar yang biasa adalah 63A. Kadaran ini adalah standard yang diberikan oleh TNB. Sekiranya kadar yang lebih tinggi diperlukan (misalnya 100A), maka bekalan baru perlu ditarik, dan ianya dilakukan oleh pihak kontraktor yang berdaftar dengan TNB. Untuk kegunaan biasa 63A sudah lebih dari cukup. Untuk bekalan lebih tinggi (contohnya 100A), baik dipohon bekalan 3 fasa dari TNB. Sekiranya bekalan 63A 3 fasa, ianya masih dibawah TNB, kerana kabel dan gisu masih 63A. 


TNB meter (serta cut out fuse disebelahnya)

Meter ditunjukkan disini adalah meter digital. Penggunaan meter analog sudah mula dihapuskan sedikit demi sedikit. Meter TNB tidak mempunyai fungsi apa-apa dalam sistem keselamatan. ia hanya bertujuan merekod penggunaan sahaja. Cuma saya masukkan disini sebagai menunjukkan kesinambungan dalam sambungan bekalan.


.
Kalau nak tau sambungannya, rujuk litar dibawah.



Suis Utama

Didalammnya terdapat fius yang akan terputus apabila berlaku arus berlebihan.

Suis utama yang digunakan biasanya adalah 32A. Gambar dibawah adalah suis utama jenis lama.
Kebanyakkan jenis baru, ada yang menggunakan 2pole MCB sebgai suis utama.



Ada juga menggunakan fius seperti dibawah. gambar dibawah adalah jenis 1pole, yang akan disambungkan kepada talian hidup (live) sahaja. Terdapat juga dejis 2 pole, hanya sambungan hidup (live) yang mempunyai fius, sementara sambungan neutral hanya sekadar "contact point" sahaja atau umpama suis biasa. 







ELCB

Alat ini akan terputus jika berlaku dua keadaan, iaitu ketika lebihan arus dan kedua ketika berlaku kebocoran kebumi. Alat ini tidak menyebabkan terputus secara kekal, ia cuma "terpelantik" dan boleh di naikkan (reset) semula. 

Kegunaan rumah biasa adalah 40A dan arus pemutus adalah 0.1A. Untuk kegunaan lebih besar, ianya boleh di tukar kepada 60A dengan arus pemutus masih 0.1A. Sekiranya rumah ada menggunakan air con (pendingin hawa) ata peralatan besar, ada baiknya ianya ditukar kepada 60A. Pastikan juga suis utama (main switch) juga ditukar kepada kadar 60A. Fius TNB tak perlu ditukar kerana bekalan standard diberikan adalah 63A. Kabel yang dibekalkan juga boleh membawa sehingga ke kadar ini.

MCB

Alat ini digunakan sebagai pemutus litar jika berlaku lebihan arus. ianya juga bukan putus secara kekal, atau dengan kata lain, ianya boleh di hidupkan semula berulang kali.

Ini adalah pengganti fius bagi sistem lama. Kadarnya berbeza mengikut kegunaan. Cuma biasanya, kebanyakkan contractor menggunanakan MCB 16A untuk kesemua point. Kebiasaannya kadar yang dicadangkan adalah 10A untuk lampu, 16A untuk socket dan 20A untuk point air con.


SUIS

Ini hanya sebagai suis sahaja. bagaimanapun biasanya hanya pada kadar 10A. Lebih pada kadar tersebut, peluang ia akan rosak rosak adalah cerah.

Sambungan pada suis adalah sambungan kabel wire hidup. ianya digunakan untuk memutuskan bekalan bedup kepada peralatn. Ini dapat memastikan peralatan tidak membahayakan pengguna ketika suis dimatikan.


ATAU SOKET

Fungsinya sama seperti suis, cuma suisnya boleh bertahan pada arus lebih besar (13A). Melebihi kadar tersebut suisnya boleh rosak atau terbakar.

Soket ini digunakan kepada sambungan kepada peralatan adalah jenis mudah alih, sambung bila perlu, cabut bila tidak perlu. Kadar biasa ialah 13A. Adalah lebih selamat menggunakan jenis yang mempunyai suis. Jenis sambungan kekal, biasanya, soket tanpa suis digunakan.



PLUG TOP

Ini adalah pasangan kepada soket diatas. Untuk keselamatan, padanya dipasangkan fius 13A untuk memutuskan bekalan andainya berlaku lebihan bekalan. (perlu diingat, fius terputus apabila berlaku lebihan bekalan, bukan sebab bocor kebumi). Sambungannya seperti gambar dibawah.





Itulah sedikit penerangan ringkas peralatan keselamatan elektrik dari bekalan untuk keselamatan pengguna.



21 comments:

  1. Boleh saya bertanya , berapa ampere ye fius dari meter tnb?

    ReplyDelete
  2. 60amp..tu standard sekarang setiap rumah pakai..

    ReplyDelete
  3. apa punca current xcukup supply..lampu malap dan klip2,kipas slow..tlong bantu maslah bos..otai2..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba check di cut-out, samada masih ok atau dah berkarat. Low voltage

      Delete
  4. kenapa fius putus sedangkan tidak Ada trip dimana2 elcb,mcb, mccb, overload

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fius mana? Plug top? Biasanya overload @ komponen alat elektrik tu rosak. Kena check komponen yg rosak, tukar, kemudian baru tukar fius baru. Elcb,mcb takkan trip sebab aliran ke alatan eletrik terputus di fius tadi tu.

      Delete
    2. fius tnb ke putus? ada wayar bersentuh tu.. pastu earth@ bumi pulak x ckup or xde sambung...sbb tu elcb/mcb x trip

      Delete
  5. Saya nak pasang sub-db dirumah terus ke meter tnb. Dengan ini, saya kena cabut fuse. Ada kah ni menyalahi peraturan? Ada kah tnb boleh detect semasa fuse dicabut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun ada notis yang kata tak boleh mengganggu fius, tapi technician masa nak wiring cabut juga fius itu, kalau tak, bahaya macam mana? TNB tak dapat detect.

      Delete
    2. Bos dah buat ke sub db tu..blei tgk bos amik power sub macam mana.

      Delete
  6. Salam tuan, suis berlampu utk aircon 1.5hp akan terasa panas dan akan trip bila panas melampau. Suis aircond tersebut telah dilooping dari soket outlet disebelahnya. Mcb yang digunakan adalah 16a dan dikongsi dengan soket peti sejuk, freezer, rice cooker dan jug kettle di dapur. Main switch 32a dan elcb 40a. Apakah yang perlu dilakukan utk perbaiki keadaan tersebut. Tq tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alatan seperti pemanas air (shower heater) dan aircond perlu tarik kabel terus dari DB, dan tak boleh kongsi dengan soket lain, kerana muatan yang besar pada satu-satu line boleh menyebabkan kabel terlampau panas sehinggakan cair dan kebakaran.

      Delete
    2. sy ada guna MCB C40..cable 4mm kegunaan utk water heater..kitchen hood..freezer..priuk nasi..coway n blender..

      1. Bahaya ke MCB C40?
      2. Over load ke? Utk barang2 tersebut

      Delete
  7. Bang mcm mna klau saya nk pkai mesin welding berapa a kna pakai

    ReplyDelete
  8. Saya ingin bertanya ceritanya begini,saya buat keja keja welding dirumah tapi plug extension welding saya slalu panas dan melekat dsoket,terima kasih saya ucapkan klau dapat membantu

    ReplyDelete
  9. Knp fius cut out boleh terbakar

    ReplyDelete
  10. Apakah minimum saiz ketebalan terbaik utk jalan water heater dari db?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau water heater cable 4mm. Tp 2.5mm dh okey klau dekat

      Delete
  11. main switch 63a selalu spark api dan blackout, elcb dah cek, mmg ok..kita tekan, dia akan terpelantik..sy dah tukar semua mcb, tp masalah tetap sama..mainswitch suka spark api..sy terpaksa tekan pada badan mainswitch ..dia akan spark sekejap dan ok..selalu jd mcm tu..adakah wainswitch tu rosak..body dia mcm dah longgar..

    ReplyDelete
  12. Kalau fuse pemutus sebelum meter kita tukar dari 60a ke 100a....apa keburukanya

    ReplyDelete