Monday, 25 July 2016

KELAKUAN PERALATAN ELEKTRIK  PELIK?
(akibat dari kerosakan bekalan dari tnb)

Pernah hadapi keadaan seperti dibawah :-

- pusingan kipas angin tiba-tiba menjadi laju dan kemudian berasap dan mati.
- Lampu menjadi terang (malah ada kalanya seperti kilat) kemudian mati
- Peti ais menjadi bising dan terus berasap

dan macam-macam lagi yang terjadi seumpamanya. Malah ada peralatan elektronik seperti computer, air con akan meletup dan padam.

Untuk makluman, setengah peralatan dipasangkan “surge protector” yang akan memutuskan bekalan apabila bekalan masuk lebih tinggi dari nilai biasa. Ini saya ada jumpa dalam litar kawalan air con. Dimana kos menukarnya (surge protector)  tak sampai sepuluh ringgit (RM10.00).

Apa perlu dibuat sekiranya berlaku keadaan diatas.

Matikan bekalan utama serta merta. Jangan hidupkan apa-apa peralatan eletrik.

Berbalik kepada keadaan diatas tadi, kenapa ianya berlaku?

Jawapan ringkas saya adalah… kemungkinan wire neutral dari litar bekalan utama terputus atau di kotak pembahagi TNB terputus. Perlu diingat, bukan kabel neutral di kotak fius rumah kita, tetapi di kotak pembahagi 3 fasa atau berlaku kerosakan kabel di talian 3 fasa dari TNB.

Bagaimana untuk mengesahkan perkara in berlaku di rumah?


Langkah pengujian : -.

1 - Cabutkan fius dari pada papan meter.

2 – Sentuhkan pena penguji pada bahagian atas dan bawah kotak fius pada papan meter. Sekiranya kedua-dua bahagian menyala, inin mengesahkan neutral dari kotak pembahagi 3 fasa TNB terputus. (nota : dalam sistem 3 fasa, tiada neutral, kabel neutral yang sepatutnya tiada bekalan, akan turut mempunyai bekalan. Berhati-hati dengan situasi ini).



3 – Untuk lebih kepastian, sentuh pena penguji di bahagian atas atau bawah penyambung neutral. (pastikan sentuhan tersebut menyentuh kabel dibahagian dalam kotak tersebut). Untuk lebih pasti lagi gunakan multi meter atau voltmeter AC, ukur voltage bekalan. Biasanya bacaan diberikan adalah bukan 240VAC. Biasanya 415VAC.



4 - Hubungi pihak TNB secepat mungkin untuk membetulkan kerosakan.

5 – Jangan hidupakan apa jua peralatan elektrik didalam rumah anda, sehingga kerosakan selesai di perbaiki.


Kenapa pena penguji tidak boleh dibuat di kotak pembahagi, walaupun semua MCB dimatikan?

Rujuk litar panel masukan dibawah :-

Gambarajah panel dibawah ini adalah lakaran panel bekalan kuasa dirumah 1 fasa. Ianya terdiri dari cut out fius (biasanya 60A), meter elektrik, suis utama (biasanya 40A bergantung kepada rumah), ELCB (biasanya 40/01A/2P) dan kotak pembahagi (tidak dimasukkan dalam rajah) . 

Sekiranya masalah diatas terjadi, uji dengan pena penguji di tempat bertanda anak panah. Sekiranya fius dalam keadaan baik, suis utama dihidupkan, ELCB dihidupkan, semua MCB di matikan, pena penguji akan menyala di semua tempat ditandakan dibawah.




Bila suis utama dimatikan, tempat ditandakan tetap akan menyebabkan pena penguji menyala


sekiranya cut out fuse dicabut (litar dibawah), jika tempat tanda anak panah merah menyala dan tanda anak panah oren tidak menyala , menunjukkan hanya kabel neutral (1 fasa)  dari talian TNB kerumah yang tercabut. Jika kedua-dua tanda merah dan oren menyala menunjukkan kabel neutral di pembahagi 3 fasa bekalan TNB ada masalah (tercabut).


Adalah lebih mudah jika pengujian dilakukan dengan voltmeter atau multimeter. Pengukuran menggunakan meter ini boleh dibuat di kotak pembahagi. Cuma pastikan semua mcb dimatikan terlebih dahulu.  Sekiranya bacaan di tempat yang di ukur (rujuk rajah dibawah) adalah tak sama dengan bacaan biasa (240V), maka berlaku kabel neutral putus di litar pembahagi 3 fasa TNB. Sekiranya tiada bacaan di tunjukkan, tetapi dengan pena penguji ia menyala, maka kabel neutral dari bekalan 1 fasa TNB kerumah yang bermasalah (tercabut). 

Peringatan : Jangan cuba sentuh kabel dengan tangan kalau bacaan voltmeter tidak menunjukkan sebarang bacaan. 

Satu cara lagi untuk kepastian, sentuhkan salah satu kabel penguji voltmeter ke kabel live atau neutral, dan yang satu lagi ke kabel bumi. Sekiranya kabel bumi dalam keadaan baik (tidak terputus, dan pembumian adalah baik)  pasti volmeter tersebut akan menunjukkan bacaan biasa (240V). Jika keadaan ini berlaku, kabel neutral dari Tiang TNB (1fasa) telah terputus. Sekiranya kabel bumi bermasalah, bacaam imi tidak akan diperlehi, kerana status pembumian yang tergantung.

Jangan hidupkan sebarang peralatan elektrik untuk mengelakkan sebarang renjatan elektrik. 

Sekiranya tiada voltmeter, tester digital seperi dibawah boleh digunakan. Bagaimanapun, pastikan betul caranya, tersilap guna, padah menanti. 





Perlu diingat, tak semestinya kabel neutral itu putus didalam rumah atau pencawang TNB. Sekiranya kabel neutral tersebut putus di tiang pembahagi (mungkin disebabkab pokok jatuh atau lainnya, masalah yang sama akan berlaku, selagi bekalan 3 fasa tersebut lengkap. 


Bagaimana putusnya wire neutral akan menyebabkan hal ini terjadi?

Sila rujuk gambarajah dibawah.( Jawapan ini lebih kepada mereka yang memahami aspek teknikal. Mungkin bagi yang tidak dapat memahami aspek teknikal, tidak dapat memahaminya.)


rajah dibawah adalah bekalan biasa.
bila kabel neutral terputus :-

sambungan akan terjadi sebegini :-

seterusnya, sambungan bekalan kerumah diatas adalah seperti satu litar 3 fasa seperti dibawah :-


Kerana itulah bacaan menggunakan voltmeter akan menunjukkan bacaan 415. Bila voltage tinggi, maka kipas akan berpusing lebih laju dan apabila panas, ia akan terbakar. begitu juga dengan peralatan lain yang menggunakan motor seperti peti ice. Lampu juga akan terbakar, biasanya lampu kalimantang akan bercahaya seperti kilat dalam masa pendek dan terus padam.

Sekiranya anda tidak mahir dan ragu-ragu berkenaan cara pemeriksaan ini, ada baiknya anda matikan bekalan dan minta bantuan kepada mereka yang mahir. Dibimbangkan, akan terjadi trajedi yang lebih besar. TQ.

Sunday, 24 July 2016

jadual 4.2 faktor kepelbagaian


( sila rujuk : akta bekalan elektrik /peraturan-peraturan elektrik/ jadual keiga/ jadual b)

JADUAL 4.2 : FAKTOR KEPELBAGAIAN BAGI BEBERAPA JENIS PEMASANGAN – BASI BAGI KEPELBAGAIAN
BIL
Penggunaan kepelbagaian bagi litar akhir yang disuapkan dari pengalir atau peralatan suis
Jenis pemilik bangunan
Pemasangan rumah persendirian termasuk blok penginapan persendirian
Kedai kecil, stor, dan pejabat bangunan perniagaan persendirian
Hotel  kecil,  rumah rehat ruang tamu dan sebagainya
1
lampu
66% daripada jumlah permintaan arus
90% daripada jumlah permintaan arus
75% daripada jumlah permintaan arus.
2
Bekalan kuasa dan pemanas (lihat bilangan 3 hingga 8)
100% daripada jumlah permintaan arus yang  melebihi 10A tambah 50% daripada permintaan arus melebihi  10A
100% beban penuh  perkakas yang terbesar tambah 75% beban penuh perkakas.
100% beban penuh perkakas yang terbesartambah 80% beban penuh perkakasyang keduatebesartambah 60% bebeanpenuhbaki.
3
Perkakas memasak
10A yang pertama tambah + 30% beban penuh perkakas memasak yang disambungkan melebihi 10A + tambah 5A jika unit itu menyediakan soket alur keluar
100% beban penuh perkakas yang terbesar tamba 20% beban penuh perkakas  yang  kedua tambah 60% beban penuh perkakasbaki.
4
Motor selain  pengangkat  yang memerlukan perhatian khusus

100% beban penuh motor yang terbesar tambah 80% beban penuh motor kedua terbesar tambah 60% beban penuh motor baki
100% beban penuh motor yang terbesar tambah50% beban penuh motor baki.
5
Pemanas air (jenissegera)
100% beban penuh  motor yang terbesar + 100% beban penuh motor kedua terbesar + 25% beban penuh motor baki
100% bebanpenuh motor yang terbesartambah 100% beban penuh motor kedua terbesar tambah256% beban penuh motor baki
100% beban penuh motor yang terbesar tambah 100% beban penuh motor kedua terbesar tambah256% beban penuh motor baki
6
Pemanas air (kawalanlarassuhu)
Tidak dibenarkan kepelbagaian
7
Pemasangan pemanas lantai
Tidak dibenarkan kepelbagaian
8
Pemasanganruangsimoananhaba
Tidak dibenarkan kepelbagaian
9
Susunan standard litar akhir mengikut lampiran 5
100% beban penuh litar yang terbesar tambah 40% permintaan arus bagi setiap litar lain
100% beban penuh litar yang terbesar tambah 50% permintaan arus bag setiap litar lain
10
Soket alur keluar selain bilangan 9, dan kelengkapan  yang dinyatakan diatas.
100% permintaan arus titik penggunaan terbesar tambah 40% bagi permintaan arus bagi setiap titik penggunaan  lain
100% permintaan arus titik penggunaan terbesar tambah 75% bagi permintaan arus bagi setiap titik penggunaan  lain
100% permintaan arus titik penggunaan terbesar tambah 75% permintaan arus bagi setiap titik dibilik utama (seperti  di ruang makan) tambah 40% permintaan bagi setiap titik penggunaan yang lain.

Nota :

* Bagi blok kediaman, penginapan, hotel besar, bangunan perdagangan besar dan kilang, basi kepelbagaian hendaklah ditaksir oleh orang yang berkelayakan. 

* Bagi maksud penggunaan jadual ini, pemanas air jenis segera dianggap pemanas air dalam sebarang bebanan yang memanaskan air hanya ketika pili terbuka dan bekalan elektrik digunakan pada ketika tertentu sahaja (tidak berterusan).


* perkara yang amat mustahak ialah memastikan papan agihan itu mempunyai kadaran yang mencukupi untuk menampungj umlah beban yang dipasangkan , tanpa sebarang kepelbagaian.




akta bekalan elektrik / pertauran-peraturam elektrik/ jadual ketiga / jadual   A

JADUAL A
Permintaan arus yang diandaikan untuk poin dan kelengkapan menggunakan arus
Poin penggunaan atau kelengkapan menggunakan arus
Permintaan arus diandaikan
Soket alur keluar selain daripada soket alur keluar 2A
Arus terkadar
Alir keluar lampu
Arus setara dengan beban disambungkan, dengan minimum 100W setiap pemegang
Jam elektrik, unit bekalan pencukur elektrik, pengubah loceng, dan kelengkapan arus pada kadaran tidak melebihi  5A
Boleh diabaikan
Perkakas memasak rumahtangga
10A pertama daripada arus terkadar + dengan 30% daripada baki arus + 5A juka soket alir keluar digabungkan didalam unit kawalan
Semua kelengkapan pegun lain
Arus terkadar Standard Malaysia atau arus normal

Nota : Litar akhir umtk lampu nyahcas disusun bagi membolehkannya membawa arus yang mantap sepenuhnya, iaitu lampu dan alat-alat yang berkaitan dan juga arus harmoniknya,. Jika lebihbanyak maklumat tepat tidak ada, permintaan dalam volt-ampere diambil sebagai watt lampu terkadar didarab dengan tidak kurang 1.8. Pendaraban ini berdasarkan bahwa litaqr akhir itu diperbetulkan kepada factor kuasa yang tidak kurang daripada ekoran 0.85, dan mengambil kira mkehilangan pada gear kawalan dan arus harmonic.  

SISTEM ELEKTRIK 3 FASA DAN 1 FASA.
Ada yang tertanya-tanya, terutama mereka yang kurang dalam pengetahuan asas eletriknya. Apa kaitan bekalan 3 fasa dan 1 fasa. Macam mana pula boleh dapat 240 dalam bekalan  1 fasa dari 415V bekalan 3 fasa yang ada.

Perhatikan rajah dibawah, inilah asasnya penjanaan dilakukan. 


Dimana (R) mewakili bekalan Merah (RED), (Y) mewakili bekalan Kuning (Yellow) dan (B) mewakili Biru (Blue). 

Anggapan yang dibuat adalah sistem adalah seimbang, iaitu arus dan voltage setiap fasa adalah sama magnitudnya. Faham asas ini, maka kita boleh faham kaitan ini. 

Disini dibincangkan sistem 3 fasa dahulu kerana inilah yang dijana oleh pembekal dan seterusnya dibekalkan kepada pengguna.

Dalam penjanaan (seimbang), 3 bekalan kuasa iaitu merah (R), kuning (Y) dan biru (B) berada dalam sudut 120 darjah antara satu sama lain. Seperti rajah dibawah. Atau dalam gambarajah panjang R, Y dan B adalah sama.

Dari rajah itu juga kita kembangkan seperti dibawah.

Seterusnya kita ambil contoh kiraan melibatkan fasa kuning dan merah.






Kita permudahkan lagi kiraan… (perlu diingat panjang Y dan R adalah sama)
Seterusnya….

Dalam gambarajah diatas, kita menggunalkan konsep asas kiraan trigonometri, seperti tertulis dibawah rajah.

Dari rajah diatas juga. panjang YR (bergaris hitam) adalah 415 (mewakili bekalan voltage yang dibekalkan pada sistem 3 fasa biasa.

Panjang x pula adalah separuh (1/2) dari panjang YR, oleh itu panjang x adalah 415/2 = 207.5.

Maka kiraan seterusnya, rujuk gambarajah dibawah.

Dan akhirnya inlah jawapan yang di cari.



Dari kiraan diatas, maka itulah, apabila bekalan 3 fasa 415V, maka bekalan 1 fasa yang ditarik dainya (tapping) adalah 239.6 V atau 240V.

untuk bekalan 380 pula 219.4 atau 220V.

mungkin kurang jelas, dibawah ini diterangkan lagi sedikit.


dari gambarajah diatas, ianya boleh diringkaskan lagi kepada rajah dibawah.

perlu diingat, persamaan yang ada dalam rajah diatas adalah :-




sin 30 adalah = 1/2
cos 30 adalah = sqrt(3)/2 = 0.866 (boleh rujuk gambarajah lain diatas. Dengan persamaan ini, maka dalam rajah diatas, ianya akan menjadi seperti dibawah :-
kita kaitkan kembali kepada persoalan asal iaitu :-



dalam  rajah diatas, nilai x di ketahui iaitu 207.5. Nilai ini adalah separuh dari nilai voltage antara fasa yang diketahui iaitu 415V.

Untuk mendapatkan nilai r (nilai 1 fasa)  dari kiraan, persamaan cos 30 = 0.866 boleh digunakan.

sebagaimana diketahui, 

cos 30 = x/r = 0.866

oleh itu r = x / cos30 = 207.5/0.866 = 239.61


atau kalau di terbalikkan proses tersebut (dari satu fas ke 3 fasa), ianya adalah seperti dibawah:-


         

nota :

lampiran



Saturday, 23 July 2016


power factor (faktor kuasa)


Dibawah ini adalah bentuk gelombang 3 fasa

Untuk memudahkan perbincangan, maka kita mengambil satu fasa sahaja untuk rujukan


Dari rajah diatas, ditunjukkan 3 keadaan faktor kuasa.
- faktor kuasa sifar, faktor kuasa mengekor (voltage mengekor arus) dan faktor kuasa mendulu (voltage didepan arus).


rajah dibawah pula menunjukkan bagaimana keadaan power (kuasa) yang terjadi hasil dari terjadinya faktor yang tidak sama dengan 1. Faktor kuasa yang ideal  adalah 1, yang mana dalam keadaan biasa adalah sukar untuk didapati.



Merujuk kepada litar diatas,faktor kuasanya adalah mengekor, faktor kuasa adalah beza sudut diantara arus dan voltage didalam litar tersebut. perhatikan juga, apabila ada perbezaan fasa antara arus dan voltan, maka kuasa (power) yng terhasil juga didapati ada yang jatuh dibawah paras sifar. Perlu diingat, kuasa tak mungkin dibawah sifar, dengan kata lain, apabila kuasa (merujuk kepada garisan merah) menjadi negatif, maka ianya merupakan pembaziran kepada kuasa. Apa yang berlaku adalah sebahagian kuasa (kuasa negatif)  dikembalikan semula kepada penjana. 

dibawah ini juga rajah menunjukkan faktor kuasa.



Bagi litar yang mempunyai sifat "sepenuhnya bersifat resistive" maka faktor kuasanya adalah 1, maka tiada kuasa dibazirkan. rujuk rajah dibawah.




bagi litar yang mempuyai sifat "inductive" atau "caapacitive", maka kita lihat faktor kuasanya adalah sifar (0), atau dengan kata lain jumlah kuasanya adalah sifar. Perlu diingat, sifat litar capative dan inductive sentiasa berlawanan. Satu bersifat mendulu dan satu lagi bersifat mengekor.

Sebagai makluman, kebanyakan litar yang mempunyai motor atau heater, biasanya bersifat inductive. Maka untuk mengembalikan power faktor kembali kepada satu, maka litar yang bersifat berlawanan dengannya perlu dipasangakan, iaitu litar bersifat capacitive. Kerana itu juga, umumnya capacitor digunakan sebagai pembetul atau penaik faktor kuasa dalam litar bekalan.





Perhatikan rajah diatas : faktor kuasa mendulu dimana voltage mendulu arus pada sudut 90 darjah, Apa dapat dilihat, kuasa dihantar (kuasa positive) dari penjana/generator dan kuasa dikembalikan (kuasa negatif) ke penjana/generator adalah sama. hasilnya kuasa adalah sifar.

Dibawah ini ditunjukkan persamaan yang biasa digunakan dalam pengiraan.


Tertanya-tanya apa tu APPARENT POWER, REACTIVE POWER, REAL POWER?

APPARENT POWER : dalam bahasa malaysia di panggil Kuasa KetaraKuasa Ketara dipanggil juga sebagai Kuasa Samar atau Apparent Power malah ada juga panngil phantom power (kuasa hantu!!!) Ia adalah hasil dharab voltan bekalan dengan arus talian tanpa mengambil kira apa-apa kehilangan atau ketidakcekapan oleh apa-apa sebab. Unitnya ialah VA atau biasanya dalam KVA (Kilo VA). Kuasa ini biasanya adalah kuasa masukan dan tidak semuanya boleh diperolehi sebagai kuasa keluaran. 

REACTIVE POWER : Kuasa Reaktif dipanggil juga sebagai Kuasa Regangan. Ini adalah kuasa yang diperlukan untuk mengujudkan medan magnet atau disebut juga sebagai Magnetizing power dan juga kuasa yang diperlukan untuk mengatasi regangan yang dihasilkan oleh gelung apabila diberikan bekalan arus ulangalik. Unit asasnya ialah VAR atau biasanya dalam KVAR.

REAL POWER : Anda mahu power??? minumlah... tak boleh iklan nooo... ini baru real Power... Kuasa sebenar kadang-kadang dipanggil juga sebagai real power, useful power atau active power. Unitnya adalah Watt atau Kilowatt (KW). Kuasa ini adalah kuasa yang dapat digunakan sebagai kuasa keluaran (output power).


rajah diawah di tunjukkan keadaan dimana litar yang mempunyai faktor kuasa yang berbeza


 

Dibawah  ini pula di tunjukkan bagaimana faktor kuasa yang rendah akan menyebabkan penggunaan arus yang tinggi dalam litar bekalan. Disebabkan pembaziran yang tidak nampak ini, maka pembekal kuasa menetapkan pf (kuasa kuasa) didalam litar pengguna hendaklah sentiasa diatas 0.85. Sekiraya jatuh dibawah nilai tersebut, denda (biasazanya dimasukkan kedalam bil) akan dikenakan. Berbeza mengikut kadar.


 


Untuk memudahkan kiraan, ada  jadual di sediakan untuk kegunaan mudah. Untuk melihat contoh kegunaannya sila lihat kepada post "contoh pengiraan faktor kuasa"






surcaj sekiranya PF sama atau dibawah 0.85















Friday, 22 July 2016

lampu automatik

Ini projek kecil kat tempat kerja, ringkas tapi berguna, Mungkin ada yang berminat.

Saturday, 23 February 2013
lampu pintu automatik

LITAR LAMPU PINTU AUTOMATIK


DO IT YOUR SELF….

Nak cuba buat litar lampu pintu automatik…
mudah aje..

Barang yang diperlukan

1.               Tiga(3) tapak relay 8 pin 240VAC
2.                1 unit timer relay yang boleh disetkan masa selama 1 minit, atau bergantung keperluan pengguna.
3.               1 unit limit switch.

4.             Kabel dan lain-lain untuk pendawaian.


Gambar komponen yang diperlukan :-


RELAY (8 PIN BULAT) – 2 PCS

LIMIT SWITCH – 1 PCS


TIMER RELAY (8 PIN BULAT) -  1 PCS


TAPAK 8 PIN BULAT - 3 PCS


Litar yang diperlukan.




Penerangan litar

1   – Punca kuasa adalah 240VAC. Untuk keselamatan,  MCB 10A atau lebih kecil digunakan sebaga pemutus litar.

2   – Limit switch diletakkan supaya sentiasa ditekan oleh pintu semasa pintu ditutup.  Litar yang digunakan dalam limit swith adalah sambungan NC (normally closed). Dalam keadaan ini, apabila pintu ditutup,  R1 dalam keadaan OFF kerana litar dalam limit switch adalah dalam keadaan OFF (terbuka).



gambar :
 limit switch yang dipasangkan kepada jenang pintu.
   
3   – Apabila pintu dibuka, litar dalam limit switch akan tertutup (ON) dan ini akan menyebabkan R1 hidup (energized).

4   – Apabila R1 hidup, arus akan melalui 1R1 (NO) dan seterusnya akan menghidupkan lampu dan R2. Apabila R2 hidup, bekalan kuasa (alternatif) kepada lampu dan R2akan juga diperolehi melalui 1T1(NC) dan juga 2R2(NO). Di peringkat ini  bekalan kuasa kepada lampu dan R2 “dikunci” selama masa yang disetkan pada T1.

5 – Apabila pintu ditutup kembali, R1 akan “OFF”, dan ini akan menyebabkan T1dihidupkan melalui 1R1(NC) dan 1R2(NO).

6   – Apabila masa T1 sampai, 1T1(NC) akan memutuskan litar bekalan kuasa (alternative) kepada lampu dan T2. Pada masa yang sama, T1 akan direset (OFF) melalui 1R2.Sekiranya, sebelum masa T1 sampai, dan pintu dibuka, T1 akan diOFFkan oleh1R1(NC). Oleh itu, masa T1 akan dikira berdasarkan masa terakhir pintu ditutup.

# Litar ini juga boleh diubahsuai dengan menggunakan PIR dan juga punca kuasa 12VDC.










SELAMAT MENCUBA








PENERANGAN TAMBAHAN


Nota


Gambarajah 1

1                  Sila rujuk gambar diatas, penandaan dan simbol menggambarkan cara sambungan litar dalam relay (geganti) yang digunakan. Simbol NC (Normally close) adalah seperti diatas. Begitu juga symbol NO (normally open).
2                  Penandaan 1R1 dan 2R2 adalah merujuk kepada litar dalam relay dan kedudukan relay. Dalam relay 8 pin, terdapat 2 point untuk litar kuasa (2 dan 7) dan 2 set point untuk suis iaitu 1/3/4 dan 8/5/6. Cara sambungan adalah seperti gambarajah dibawah.


  
gambarajah 2 : tapak relay pandangan dari bawah


3                   Dalam gambarajah 1 diatas, 1R1(NC) boleh merujuk kepada relay no. 1, sambungan 8 dan 5. Sementara bagi 2R2(NC) merujuk kepada sambungan relay no. 2, sambungan  1 dan 4.

           litar sambungan tapak relay dan timer adalah seperti dibawah: -


Litar 1 : litar lengkap projek pintu


(untuk gambar yang lebih besar, lihat litar dibawah)

Litar 2 : litar lengkap projek pintu (lengkap)